16 , 2014

Selamat Hari Guru 2014


  1. Tanggal 16 hb Mei setiap tahun, hari guru akan di sambut di seluruh negara bagi menghargai jasa dan pengorbanan guru yang telah bersusah payah memerah keringat mendidik anak bangsa dan mendorong mereka kearah menjadi insan yang cemerlang dalam apa jua lapangan yang diceburi.
  2. Sesungguhnya, tugas dan tanggungjawab yang digalas para guru amat berat lagi mencabar. Di bahu gurulah terpikul beban melahirkan pelajar yang berilmu dan berkebolehan, yang bersedia untuk mewarisi perjuangan dan menyumbang kepada pembangunan negara. Kita berterima kasih kepada para guru yang yang begitu banyak berjasa, berkorban masa dan tenaga dan tidak pernah jemu melaksanakan tanggungjawab mereka yang besar ini.
  3. Bagi pihak diri saya, dan seluruh rakyat Malaysia, Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada semua warga pendidik diatas sumbangan mereka yang tidak ternilai, demi kemakmuran bangsa dan tanah air. Terima Kasih Cikgu.