Tahniah Kepada Pasukan ASC

By October 31, 2014 Blog

Tahniah saya ucapkan kepada pasukan Malaysia yang telah menggondol 9 pingat emas, 5 perak dan 4 gangsa, pencapaian terbaik negara pada Pertandingan Kemahiran ASEAN (ASC). Tambah membanggakan, peserta dari Malaysia turut dinobatkan sebagai peserta “Best of Nation” pada edisi ke-10 Pertandingan ASC yang kali ini diadakan di Hanoi, Vietnam. Terima kasih kerana mengharumkan nama Malaysia di persada ASEAN.