30 , 2014

Tinjauan Kawasan Banjir Gua Musang Dan Kuala Krai


Dalam lawatan saya ke Gua Musang dan Kuala Krai hari ini, saya melihat sendiri kerosakan amat teruk yang dialami akibat daripada bencana banjir yang melanda.
Kerajaan persekutuan akan meneruskan usaha bantuan sedia ada, dan beberapa tindakan tambahan juga akan diambil untuk membantu mangsa banjir pulang ke rumah selepas banjir pulih, antaranya membina rumah sementara supaya ia dapat didiami oleh mangsa-mangsa banjir yang ketiadaan rumah.
Kerajaan juga akan berunding dengan kerajaan negeri untuk membina kediaman kekal bagi mangsa banjir di Kuala Krai di kawasan lebih selamat daripada ancaman banjir.
Kos bagi pembinaan rumah ini akan disediakan dalam peruntukan lain dan tidak termasuk daripada peruntukan RM 500 juta kepada mangsa banjir yang diumumkan sebelum ini.
Mudah-mudahan inisiatif ini akan dapat sedikit sebanyak membantu ringankan beban mangsa-mangsa banjir, insya-Allah