2 September, 2015

Tinjauan Perdana Menteri Terhadap Keadaan Persekitaran di Perumahan Awam Seri Labuan Bandar Tun Razak


Hari ini saya melawat Perumahan Awam Seri Labuan di Bandar Tun Razak untuk melihat sendiri keadaan setelah menerima laporan mengenai beberapa isu di sana.

Setelah meninjau keadaan sekeliling dan masalah yang dihadapi, saya mahu beberapa perkara dilaksanakan;

i) Kelengkapan awam di Madrasah Al-Aula seperti penghawa dingin, kipas siling serta sistem paip dan saliran diganti atau diperbaiki dengan kadar segera;

ii) Ditambah beberapa unit penghawa dingin di Madrasah Al Aula untuk keselesaan jemaah;

iii) Lantai gelanggang futsal serta jaring di keliling gelanggang dan tiang gol diperbaiki atau diganti;

iv) Mengecat kembali Sekolah Rendah Agama Al-Farabi

v) Perabot seperti kerusi dan meja pelajar di Sekolah Rendah Agama Al-Farabi diganti baru selain penghawa dingin dipasang.

Insya-Allah, semua ini akan membolehkan penduduk dan anak-anak kecil di Perumahan Awam Seri Labuan, Bandar Tun Razak hidup dalam keadaan lebih selesa.

tinjauan-pm1
tinjauan-pm2