US-APEC Business Coalition

By November 10, 2017 Blog, Featured Articles

Mulakan hari ini di Da Nang, Vietnam bertemu dengan ahli-ahli US-APEC Business Coalition.

Antaranya, syarikat terkemuka dunia yang diwakili oleh kepimpinan tertinggi mereka seperti Agoda.com, AirBNB, FedEx, UPS, Johnson & Johnson, J.P. Morgan, Mastercard, Visa, Nike Inc, Walmart, Time Warner dan sebagainya. Agensi penarafan Moody’s juga turut hadir.

Dalam perbincangan yang berlangsung, saya telah menegaskan bahawa Malaysia kekal terbuka untuk perniagaan dan adalah destinasi tepat untuk para pelabur.

Pertumbuhan Malaysia terus stabil dan positif. Defisit kita berkurangan daripada 6.7 peratus ketika saya mula memegang tampuk pemerintahan kepada 3 peratus, dengan unjuran 2.8 peratus pada tahun hadapan. Ekonomi kita juga terus berkembang 5.7 peratus pada separuh pertama tahun ini, dengan pelaburan langsung asing berjumlah RM25.2 bilion dalam tempoh sama.

Pelbagai projek infrastruktur dan kesalinghubungan juga sedang diusahakan seperti MRT, ECRL, HSR, ditambah pula dengan DFTZ dan keterbukaan Kerajaan terhadap inovasi. Laporan Ease of Doing Business oleh World Bank juga meletakkan kita di tangga ke-24 dunia.

Kesemua ini membuktikan Malaysia destinasi pelaburan menarik dan mesra-pelabur, dan kita akan terus berusaha untuk menjadi lebih baik lagi dari masa ke masa.