8 September, 2017

PELANTIKAN DATUK WIRA AZHAR ABDUL HAMID SEBAGAI PENGERUSI FELDA GLOBAL VENTURES HOLDINGS BERHAD


Sebagai sebuah syarikat tersenarai dengan pegangan majoriti oleh FELDA, kejayaan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) adalah begitu penting bagi kemaslahatan warga peneroka FELDA.

Oleh itu, selaras dengan kuasa yang diperuntukkan di bawah Hak Pemegang Saham Khas menerusi Artikel 80(1) Memorandum and Articles of Association Felda Global Ventures Holdings Berhad, saya ingin mengumumkan pelantikan Datuk Wira Azhar Abdul Hamid sebagai Pengerusi FGV yang baharu berkuatkuasa 8 September 2017.

Datuk Wira Azhar Abdul Hamid mempunyai pengalaman yang luas dalam sektor korporat. Beliau pernah menjadi Pemangku Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Sime Darby Berhad, Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd, Pengerusi Tradewinds Corporation Berhad dan Pengarah Urusan Kumpulan Malakoff Corporation Berhad. Beliau juga merupakan ahli Association of Certified Chartered Accountants (ACCA), United Kingdom dan ahli Institut Akauntan Malaysia.

Saya yakin dengan pengalaman luas yang dimilikinya, beliau akan dapat menerajui FGV dengan cemerlang sekali gus meningkatkan keyakinan pelabur dan seterusnya dapat diterjemahkan dengan harga saham FGV yang lebih kukuh.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Sulaiman Mahbob, Pemangku Pengerusi FGV sejak 19 Jun 2017 di atas sumbangan beliau kepada syarikat ini di samping kesibukan menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Telekom Malaysia Berhad pada waktu yang sama.

Shares Share Kategori : Featured Articles, Press Statement