1 , 2014

APEC


Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik atau APEC merupakan satu forum ekonomi utama bagi memudahkan pertumbuhan ekonomi, kerjasama, perdagangan dan pelaburan di rantau Asia-Pasifik. Sejak penubuhannya, APEC berusaha untuk mengurangkan kadar tarif dan halangan-halangan perdagangan yang lain di seluruh rantau Asia-Pasifik, di samping mewujudkan ekonomi domestik yang cekap serta peningkatan eksport yang dramatik.

Pada tahun 2011, ketika berucap di East-West Center di Hawaii, saya telah mengajak dan mempromosikan kepada masyarakat global tentang “movement of the moderates…to drown out the extrimists” (pergerakan kesederhanaan… bagi mengatasi puak pelampau). Baru-baru ini, pada tahun 2012, saya telah menggesa untuk perdagangan bebas serta mengingatkan negara-negara anggota APEC agar mereka mesti bertindak supaya ekonomi dunia tidak akan jatuh ke dalam krisis ekonomi global.

Shares Share Kategori : Global Leadership