1 , 2014

EU dan ASEM


Tarikh lawatan: 4 November 2012 dan 3 hingga 5 Oktober 2010

Pada tahun 2010, Malaysia bersama negara-negara anggota EU dan negara-negara ASEAN telah menyertai Sidang Kemuncak Asia-Eropah (Asem) yang kelapan. Asem membentuk 58 peratus daripada penduduk global dengan 50 peratus daripada KDNK global dan lebih 60 peratus daripada perdagangan global. Tema sidang kemuncak tersebut, “Kualiti Kehidupan” membincangkan isu-isu kepentingan bersama bagi kedua-dua entiti tersebut, termasuk tadbir urus kewangan dan ekonomi, kemajuan ke arah pembangunan lestari serta masa depan Asem.

Saya telah menyampaikan ucapan “Tadbir Urus Kewangan dan Ekonomi” dan ┬áturut mengambil bahagian dalam Forum Perniagaan Asia-Eropah, bersama ahli-ahli tertinggi industri ekonomi dan kewangan dari Asia dan Eropah.

Hasil-hasil utama:

  • Sokongan Penyata Pengerusi dan satu Deklarasi Terhadap Krisis Ekonomi Global yang menyatakan penyelesaian oleh pemimpin-pemimpin untuk maju ke arah tadbir urus global dan ekonomi yang berkesan.
  • Menyatakan semula pendirian Malaysia mengenai isu-isu utama antarabangsa serta meningkatkan peranan dan komitmen Malaysia terhadap hubungan Asia-Eropah.
  • Interaksi dengan beberapa agensi-agensi antarabangsa dan media dalam satu perbincangan meja bulat, di mana hak asasi manusia, peranan media dan toleransi keagaaman telah dibincangkan.
  • Melancarkan rundingan bagi Perjanjian Perdagangan Bebas dengan Kesatuan Eropah bersama Presiden Suruhanjaya Eropah Jose Manual Barroso, sekaligus menandakan bermulanya satu perjanjian menyeluruh yang meliputi tarif, halangan bukan tarif serta komitmen terhadap isu-isu berkaitan perdagangan yang lain, terutamanya mengenai perolehan, persaingan dan pembangunan mampan.
Shares Share Kategori : Global Leadership