1 , 2014

Filipina


BANGSAMORO

  • Pada bulan Mac, Malaysia telah membantu untuk memaktubkan sebuah perjanjian komprehensif di Selatan Filipina, lantas menamatkan konflik yang telah mengorbankan lebih 150,000 nyawa dan sekaligus mengekang pengaruh Al Qaeda dan sekutu-sekutunya dari bertapak di rantau ini. Kita telah menolak eksterimisme agama dengan menubuhkan Pergerakan Kesederhanaan Global.
  • Kontinjen Malaysia dari Kumpulan Pemantauan Antarabangsa telah menyumbang ke arah keamanan yang berterusan di Selatan Filipina. Malaysia sangat menghargai peranan yang telah diberikan dalam proses perdamaian ini. Kita hanya mahukan keamanan dan kemakmuran untuk saudara-saudara kita di Bangsamoro, dan juga di Filipina.
  • Proses perdamaian ini telah mengukuhkan lagi kepercayaan di antara kedua-dua negara. Malaysia akan terus memainkan peranan sebagai Fasilitator Pihak Ketiga, dan akan terus bekerjasama melalui Pasukan Pemantauan Antarabangsa di Mindanao.

global-leadership-philippines

Malaysia telah memainkan peranan dalam mengatur perjanjian perdamaian bersejarah antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang telah ditandatangani pada 15 Oktober 2012. Perjanjian ini telah membuka jalan kepada keamanan yang berkekalan di Mindanao sekali gus menggariskan pelan tindakan untuk penyelesaian damai mutakhir menjelang 2016.

Ini akan seterusnya menamatkan salah satu pemberontakan yang paling lama pernah berlaku di Asia yang telah menyaksikan konflik selama lebih 40 tahun di Mindanao. Dalam mengatur perjanjian itu, kedua-dua pihak telah dilihat mengambil jalan kesederhanaan, toleransi dan saling memahami – nilai-nilai yang terus saya promosikan oleh pada peringkat global melalui Pergerakan Kesederhanaan.

Malaysia akan terus memainkan peranan sebagai fasilitator bagi memastikan pengekalan perjanjian damai tersebut.

Hasil-hasil utama:

  • 2012 – Kedua-dua pihak menandatangani perjanjian damai. Mereka komited dalam penubuhan sebuah entiti politik autonomi baru yang dipanggil Bangsamoro, menggantikan Wilayah Autonomi di Muslim Mindanao (ARMM). Saya dan Presiden Filipina Benigno S. Aquino III bersetuju untuk merangka pelan pembangunan bagi rantau ini dan mengukuhkan lagi hubungan dua hala.
  • 2001 – Malaysia memainkan peranan sebagai fasilitator proses perdamaian Mindanao, sehingga Malaysia dipilih menerajui Pasukan Pemantau Antarabangsa pada tahun 2004.
Shares Share Kategori : Global Leadership