26 April, 2016

Menghubungkan Orang Awam Dengan Sungai Nadi Kehidupan


kalithasan

Gambar ihsan daripada Dr. Kalithasan dan Global Environment Centre

Dr K Kalithasan, penyelaras bagi Global Environment Centre (GEC) berganding bahu dengan JPS dalam salah satu inisiatif ROL-POP. Beliau menekankan bahawa pemulihan sungai tidak akan berjaya sekiranya faktor sumbangan manusia terhadap pencemaran ini tidak ditangani secara berkesan.

“Semua masalah berpunca daripada manusia. Dan manusia juga yang boleh memikirkan penyelesaian masalah. Maka jika tiada perubahan dalam pemikiran (minda) serta perlakuan manusia, penyelesaian bagi suatu masalah pasti tidak akan dapat dicetuskan.

Dr. Kali menegaskan langkah pertama untuk menggerakkan orang ramai agar menjaga sungai adalah dengan mengembalikan naluri asal mereka terhadap sungai, terutamanya mereka yang hidup berhampiran sungai untuk menyedari bahawa mereka telah banyak menerima manfaat dari sungai dan lembangan sungai.”

“Sebaik naluri mereka terarah kepada mencintai sungai, perasaan bahawa mereka memilikinya dan bertanggungjawab terhadap menjaganya akan timbul secara semula jadi. Pendekatan ‘naluri’ (pendekatan insaniah) lebih berkesan dalam mengubah tingkah laku dan cara berfikir berbanding pendekatan kuku besi melalui arahan dari pihak atasan untuk menjaga sungai.”

kalithasan 2

“Dalam tempoh 20 tahun kami menjalankan program kesedaran awam ini, kejayaan paling besar bagi kami adalah melihat perubahan pandangan orang ramai terhadap sungai dan lembangan sungai dan mengembalikan naluri asal mereka terhadap kepentingan sungai dan lembangan sungai.”

Melalui program kesedaran awam ROL, beliau berkongsi tentang usaha masyarakat setempat dalam menjaga rizab sungai dan memantau kualiti air. Ada di antara mereka yang telah mentransformasikan rizab sungai menjadi taman sayur-sayuran dan herba sebagaimana yang disaksikan di AU2 dengan sokongan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia, dan pusat masyarakat sungai di kawasan Melawati dan masyarakat Taman AU3 yang merancang untuk mewujudkan taman-taman rekreasi awam.

Secara keseluruhannya, program ROL-POP ini menggambarkan kepentingan penglibatan orang awam dan seharusnya menjadi elemen utama dalam usaha-usaha masa depan terhadap pengurusan lembangan sungai yang lestari di Malaysia kata beliau lagi.

Sumber Asal: Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan 2015

Shares Share Kategori : Success Stories