1
1

Visi Perdana Menteri Najib Razak untuk mewujudkan sistem pengangkutan awam bersepadu di Malaysia tidak akan lengkap tanpa transformasi perkhidmatan bas. Sebagai pilihan pengangkutan awam yang popular di kalangan rakyat, perkhidmatan bas memainkan peranan penting dalam Rancangan Induk Pengangkutan Awam Negara.

Antara inisiatif utama kerajaan adalah: Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti-henti (BNR) bagi menambah baik rangkaian dan keberkesanan perkhidmatan bas. Bas GoKL menyediakan perkhidmatan percuma bagi penumpang di Daerah Pusat Perdagangan (CBD) Kuala Lumpur manakala BRT pula adalah perkhidmatan bas elektrik bertingkat pertama negara yang direkabentuk khas bagi meningkatkan mobiliti penumpang dan mengurangkan kesesakan lalu lintas.

myBas pula adalah model perniagaan bas henti-henti baru yang akan memastikan laluannya mengambil kira keperluan penumpang dan bukannya keperluan komersial semata-mata. myBas menyediakan perkhidmatan di bandar-bandar utama serata Malaysia seperti Kangar, Seremban dan Ipoh.