1
1

Projek Rel Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur – Singapura (HSR) adalah antara projek mega yang paling besar dan signifikan oleh Perdana Menteri Najib Razak di bawah Program Transformasi Nasional (NTP).

Perjanjian Persefahaman antara Malaysia dan Singapura telah ditandatangani pada 21 Julai 2016 diikuti dengan perjanjian bilateral yang telah ditandatangani pada 13 Disember 2016.

Malaysia dan Singapura akan secara bersama menganugerahkan tender untuk Rakan Pembangunan Bersama projek HSR pada awal tahun 2017, bagi menyediakan khidmat nasihat berkenaan operasi, teknikal dan perolehan. Perkhidmatan Ekspress dijangka bermula pada 31 December 2026.

Melalui pembentukan HSR, tempoh perjalanan antara Kuala Lumpur dan Singapura akan berkurangan dengan ketara, sekali gus membuka pelbagai peluang untuk rakyat Malaysia dan mengeratkan lagi hubungan antara dua ekonomi paling pesat berkembang di Asia Tenggara.