1
1

LRT kini mempunyai 2 laluan yang sedia ada – Kelana Jaya dan Ampang. Sejajar dengan seruan Perdana Menteri Najib Razak untuk sistem pengangkutan awam yang lebih meluas, kedua-dua laluan Kelana Jaya dan Ampang telah melalui projek pembangunan utama yang telah pun siap sepenuhnya pada Jun 2016.

Projek Sambungan LRT ini akan menyatupadukan laluan-laluan sedia ada serta yang akan datang dengan rangkaian pengangkutan awam bandar Greater Kuala Lumpur. Sekali gus mewujudkan rangkaian LRT yang efisien dan berkualiti. Selain itu, projek sambungan LRT ini juga menggalakkan pembangunan kawasan komersial dan kawasan perumahan sepanjang jajaran dengan adanya akses yang mudah kepada pengangkutan awam di kawasan-kawasan tersebut.

Pada 6 November 2015, projek LRT 3 – sebuah laluan baru dari Bandar Utama ke Johan Setia, Klang telah diluluskan oleh Kerajaan. Laluan ini akan menghubungkan 2 juta pengguna sepanjang Koridor Lembah Klang apabila siap menjelang 2020 kelak.