1
1

Lebuhraya Pan Borneo adalah sebahagian daripada manifesto Barisan Nasional ketika Pilihanraya Umum ke-13. Projek mega ini kemudiannya diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Razak dalam Bajet 2015 untuk direalisasikan.

Antara projek infrastruktur terbesar negara, Lebuhraya Pan Borneo akan menyediakan kesalinghubungan yang amat diperlukan antara kawasan pedalaman dan kawasan bandar di Sabah dan Sarawak. Projek ini juga memberikan jaminan penyertaan kontraktor Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam pembangunannya melalui Program Penyertaan Bumiputera.

Dengan lebuhraya ini, rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak akan mampu menikmati perjalanan di dalam dan di antara negeri dengan lebih selamat dan selesa, selain mengurangkan kos pengangkutan serta membawa pembangunan dan peluang ekonomi kepada kawasan yang dihubungkan dan juga kawasan di sepanjang lebuhraya. Ia sekaligus membawa banyak manfaat kepada masyarakat tempatan, terutamanya di kawasan pedalaman.