#Bajet2018: MEMAKMUR EKONOMI YANG INKLUSIF, MENGIMBANG KEUNGGULAN DUNIAWI DAN IKHRAWI, DEMI MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT, MENUJU ASPIRASI TN50
Jumlah Keseluruhan Bajet
Intipati
- Peruntukan tertinggi pernah diberi kepada TEKUN pada kadar RM500 juta
- RM6.5 bilion kepada pesawah, petani, peladang, nelayan, pekebun kecil, penternak dan penoreh getah
- 90 hari tempoh cuti bersalin bagi sektor swasta berbanding 60 hari
- Bayaran khas penjawat awam RM1,500 dan pesara RM750
- Kadar cukai pendapatan individu dikurangkan 2% bagi banjaran pendapatan bercukai antara RM20,000 hingga RM70,000
- RM3.9 bilion subsidi barangan & pengangkutan, gas memasak, tepung, minyak masak, subsidi elektrik dan tol
- Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) : Semua anak Malaysia yang lahir antara 1 Januari 2018 hingga tahun 2022 diberikan Dana Tabungan Permulaan RM 200 melalui Unit Amanah Saham di PNB
- RM2.2 bilion bagi pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Kesihatan
Baca teks ucapan Bajet 2018 di sini
#Bajet2017: Menjamin Perpaduan dan Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh
Jumlah Keseluruhan Bajet
Intipati
- Bantuan Rakyat 1Malaysia dinaikkan ke setinggi RM1,200 untuk penerima yang layak
- RM4.6 bil disediakan kepada semua negeri bagi menyelenggara jalan negeri
- RM25 bil bagi meningkatkan tahap kesihatan rakyat dan kualiti penjagaan kesihatan
- Perkhidmatan fixed line broadband dengan kelajuan yang lebih tinggi pada harga yang sama
- Pemberian biasiswa diteruskan dengan peruntukan berjumlah RM4.3 bil
- Pelaksanaan East Coast Rail Line secara berfasa dengan anggaran kos RM55 bil
Baca teks ucapan Bajet 2017 di sini
#Bajet2016 : Mensejahtera Kehidupan Rakyat
Jumlah Keseluruhan Bajet
Intipati
- Gaji minimum dinaikkan kepada RM920-RM1,000 mengikut rantau
- Bantuan Rakyat 1Malaysia dinaikkan ke setinggi RM1,050 untuk penerima yang layak
- Had pelepasan cukai individu dinaikkan bagi pelbagai kategori
- Kerja pembinaan Projek MRT II dari Sungai Buloh – Serdang- Putrajaya dengan jarak 52 kilometer direncana bermula dalam suku kedua 2016 dan dijangka siap menjelang 2022
- Projek LRT3 dari Bandar Utama, Damansara- Johan Setia, Klang dengan jarak 36 kilometer mula dibina 2016 dan siap pada 2020
Baca teks ucapan Bajet 2016 di sini
Pengubahsuaian semula Bajet 2016 telah diumumkan pada 28 Januari 2016. Baca perutusan khas di sini
#Bajet2015 : Ekonomi Keperluan Rakyat
Jumlah Keseluruhan Bajet
Intipati
- Menaik taraf landasan keretapi sektor Pantai Timur melibatkan jajaran Gemas-Mentakab, Jerantut-Sungai Yu dan Gua Musang-Tumpat
- Kadar cukai pendapatan individu dikurangkan 1-3%. Pembayar cukai akan menikmati penjimatan bayaran cukai sekurang-kurangnya sebanyak 5.3 peratus. Seramai 300 ribu orang yang membayar cukai pendapatan tidak lagi perlu membayar.
- Kadar cukai pendapatan koperasi dikurangkan 1-2%
- EKUINAS akan diperuntukkan RM600juta bagi meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam syarikat-syarikat swasta mahupun GLC
- RM2 bilion diperuntukkan menerusi MARA kepada pelajar Bumiputera yang layak untuk tajaan pelajaran
- RM262 juta bagi membiayai kos pengangkutan dan penguatkuasaan kawalan harga barangan keperluan harian terutamanya di Sabah dan Sarawak
Baca teks ucapan Bajet 2015 di sini
Nota: Perkembangan Ekonomi Semasa dan Kedudukan Kewangan Negara 2015 telah diumumkan pada 20 Januari 2015. Baca perutusan khas di sini
#Bajet2014 : Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi Dan Melaksana Janji
Jumlah Keseluruhan Bajet
Intipati
- Bantuan persekolahan kepada 5.4 juta pelajar sekolah rendah dan menengah sebanyak RM100 seorang
- Program Baucar Buku 1Malaysia dengan nilai sebanyak RM250 kepada 1.3 juta pelajar pra-universiti dan IPT
- Membina landasan berkembar Ipoh-Padang Besar dan kemudiannya ke Johor Bahru serta menaik taraf rel dan landasan di seluruh negara
- RM130 juta bagi subsidi pengangkutan udara luar bandar, terutama bagi penduduk pedalaman Sabah dan Sarawak
- RM980 juta untuk membaikpulih dan menaiktaraf 437 kilometer jaringan jalan luar bandar di seluruh negara
- RM50 juta bagi kerja pengukuran tanah dan pengesahan hak pemilikan tanah adat di Sabah dan Sarawak
Baca teks ucapan Bajet 2014 di sini
#Bajet2013 : Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati
Jumlah Keseluruhan Bajet
Intipati
- RM2.4 bilion untuk subsidi dan insentif pertanian
- Program 1Azam dengan peruntukan RM41 juta untuk memberi manfaat kepada 6,730 peserta
- RM9 bilion atau 43% peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera
- Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1 bilion disediakan oleh SME Bank bagi membantu syarikat PKS Bumiputera untuk berkembang dan mempertingkatkan pegangan ekuiti dalam sektor ekonomi
- RM1 bilion untuk membaik-pulih bangunan sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan
- RM3.7 bilion untuk melatih pelajar dalam bidang teknikal dan vokasional
- RM4.5 bilion untuk projek pembangunan bagi mengurangkan jurang pembangunan bandar dan luar bandar
Baca teks ucapan Bajet 2013 di sini
#Bajet2012 : Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara
Jumlah Keseluruhan Bajet
Intipati
- RM1 bilion untuk Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah
- RM1.8 bilion bagi Program Jalan Luar Bandar dan Projek Jalan Perhubungan Desa untuk membina 2,749 kilometer jaringan jalan raya yang membawa manfaat kepada 1.76 juta penduduk luar bandar
- Kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak 2% setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji
- Melanjutkan umur persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam
- RM1.2 bilion untuk program Kebajikan Rakyat 1Malaysia yang merangkumi bantuan kepada warga emas miskin, kanak-kanak miskin dan Orang Kurang Upaya bagi meringankan beban sara hidup
- RM300 juta untuk Tabung Khas Perumahan Nelayan
- RM200 juta bagi program pembangunan usahawan dan kontraktor Bumiputera
- RM2.1 bilion untuk pembiayaan pinjaman mikro kepada usahawan terutamanya wanita
Baca teks ucapan Bajet 2012 di sini
#Bajet2011 : Transformasi ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi
Jumlah Keseluruhan Bajet
Intipati
- RM1.2 bilion untuk pelbagai program berbentuk kebajikan dan kemasyarakatan
- Memperkenalkan Skim Rumah Pertamaku yang akan menawarkan jaminan Kerajaan ke atas bayaran pendahuluan sebanyak 10% bagi harga rumah di bawah RM220,000
- RM2.1 bilion untuk membina dan menaik taraf jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak
- RM300 juta bagi program bantuan rumah untuk golongan miskin dan miskin tegar, melibatkan pembinaan dan baik pulih 12,000 unit rumah
Baca teks ucapan Bajet 2011 di sini
#Bajet2010 : 1Malaysia, Kemakmuran Bersama
Jumlah Keseluruhan Bajet
Intipati
- RM538 juta bagi melaksanakan pelbagai program pembangunan perusahaan kecil dan sederhana
- RM1.5 bilion bagi memajukan pembekalan dan penggunaan teknologi hijau
- Lebih RM30 bilion diperuntukkan kepada pendidikan rendah dan menengah yang beri manfaat kepada 5.5 juta pelajar
- Membenarkan penyertaan 100 peratus ekuiti asing dalam syarikat kewangan korporat dan syarikat perancangan kewangan
- Kadar cukai pendapatan individu maksimum dikurangkan daripada 27 peratus kepada 26 peratus
- Kadar cukai maksimum bagi koperasi diturunkan kepada 26 peratus
- Pelepasan diri bagi pembayar cukai dinaikkan daripada RM8,000 kepada RM9,000
- RM14.8 bilion diperuntukkan bagi mengurus, membina dan menaik taraf kemudahan hospital dan klinik
Baca teks ucapan Bajet 2010 di sini