2016 Q4

Ekonomi Malaysia berkembang 4.5% pada suku keempat 2016, dipacu oleh pertumbuhan aktiviti sektor swasta. Penggunaan swasta meningkat sebanyak 6.2% manakala pelaburan swasta meningkat 4.9%. Kadar pengangguran suku keempat 2016 tidak berubah berbanding suku ketiga pada 3.5%.

Muat turun laporan

2016 Q3

Ekonomi Malaysia berkembang 4.3% pada suku ketiga 2016, disokong oleh pertumbuhan aktiviti sektor swasta yang mampan dengan pertumbuhan sebanyak 6.0%. Kadar pengangguran suku ketiga 2016 dicatat pada 3.5%.

Muat turun laporan

2016 Q2

Ekonomi Malaysia berkembang 4.0% pada suku kedua 2016. Perbelanjaan sektor swasta kekal sebagai pemacu utama dengan pertumbuhan sebanyak 6.1%. Kadar pengangguran suku kedua 2016 dicatat pada 3.4%.

Muat turun laporan

2016 Q1

Ekonomi Malaysia berkembang 4.2% pada suku pertama 2016 dengan lebihan dagangan RM23.9 bilion. Manakala pertumbuhan penggunaan swasta berkembang 5.3%, disokong oleh pertumbuhan upah dan guna tenaga yang berterusan. Kadar pengangguran suku pertama 2016 dicatat pada 3.4%.

 

Muat turun laporan

2015 Q4

Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan sebanyak 4.5% pada suku keempat 2015. Perkembangan perbelanjaan sektor swasta pada 4.9% terus menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara. Pelaburan swasta pula berkembang sebanyak 5.0%, disokong terutamanya oleh kemajuan projek-projek yang sedang dilaksanakan dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan. Kadar pengangguran kekal tidak berubah pada 3.2%.

 

Muat turun laporan 

2015 Q3

Ekonomi Malaysia mencatat perkembangan sebanyak 4.7% pada suku ketiga 2015. Pertumbuhan upah dan keadaan pasaran pekerja yang stabil terus menyokong perbelanjaan pengguna secara keseluruhan. Kadar pengangguran dicatat pada 3.2%.

 

Muat turun laporan

2015 Q2

Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan sebanyak 4.9% pada suku kedua 2015 dengan peningkatan permintaan dalam negeri yang berterusan, didorong oleh aktiviti sektor swasta. Sementara kadar pengangguran kekal rendah pada 3.1%.

 

Muat turun laporan

2015 Q1

Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan sebanyak 5.6% pada suku pertama 2015. Pelaburan swasta berkembang sebanyak 11.7%, didorong oleh perbelanjaan modal dalam sektor perkilangan yang berorientasikan eksport, serta industri perkhidmatan yang berkaitan telekomunikasi dan pengangkutan. Kadar pengangguran kekal rendah pada 3.1%.

 

Muat turun laporan

2014 Q4

Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.8% pada suku keempat 2014, didorong oleh kadar pertumbuhan sektor swasta yang lebih kukuh pada 8.5%. Kadar inflasi mencatat kadar purata yang lebih rendah pada 2.8% pada suku keempat 2014. Penurunan ini disebabkan terutamanya oleh inflasi yang lebih rendah dalam kategori makanan dan minuman bukan alkohol pada 2.7% . Kadar pengangguran dicatat pada 2.8%.

Muat turun laporan

2014 Q3

Ekonomi Malaysia berkembang pada 5.6% pada suku ketiga 2014. Penggunaan swasta mencatat pertumbuhan yang lebih kukuh pada 6.7%, atas sebab perbelanjaan isi rumah yang terus disokong oleh keadaan guna tenaga yang stabil dan pertumbuhan upah yang berterusan. Kadar pengangguran kekal rendah pada 2.7%.

 

Muat turun laporan

2014 Q2

Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan yang kukuh sebanyak 6.4% pada suku kedua 2014, disokong oleh eksport yang lebih tinggi dan permintaan dalam negeri swasta yang terus meningkat. Kadar pengangguran dicatat lebih rendah pada 2.8%.

 

Muat turun laporan

2014 Q1

Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan sebanyak 6.2% pada suku pertama 2014. Pertumbuhan pelaburan swasta kekal kukuh pada 14.1%, manakala pelaburan awam menurun sebanyak 6.4%. Kadar pengangguran kekal pada 3.1%.

 

Muat turun laporan

2013 Q4

Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan sebanyak 5.1% pada suku keempat 2013. Pelaburan swasta mencatat pertumbuhan sebanyak 16.5% manakala pelaburan awam menurun sebanyak 2.7%. Kadar pengangguran suku ini dicatat pada 3.4%.

Muat turun laporan

2013 Q3

Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan sebanyak 5.0% pada suku ketiga 2013. Pelaburan sektor swasta telah berkembang sebanyak 15.2%, disokong oleh perbelanjaan modal dalam sektor perkhidmatan dan perkilangan, serta projek-projek yang sedang dilaksanakan dalam sektor minyak dan gas. Kadar pengangguran kekal rendah pada 3.1%.

 

Muat turun laporan

2013 Q2

Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 4.3% pada suku kedua tahun 2013. Pelaburan sektor swasta meningkat sebanyak 12.7%, didorong oleh perbelanjaan modal dalam subsektor perkhidmatan berkaitan pengguna seperti telekomunikasi dan harta tanah, pelaksanaan projek infrastruktur yang berterusan serta peningkatan kapasiti dalam sektor minyak dan gas. Kadar pengangguran suku ini dicatat pada 3.2%.

 

Muat turun laporan

2013 Q1

Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan sebanyak 4.1% pada suku pertama tahun 2013. Pelaburan sektor swasta berkembang sebanyak 10.9%, disokong oleh perbelanjaan modal yang berterusan dalam perkilangan, telekomunikasi, harta kediaman dan penerbangan. Kadar pengangguran kekal rendah pada 3.2%.

 

Muat turun laporan

2012 Q4

Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan sebanyak 6.4% pada suku keempat 2012. Pelaburan swasta meningkat sebanyak 20.2%, didorong oleh perbelanjaan modal dalam perkilangan, telekomunikasi, harta tanah dan penerbangan. Kadar pengangguran suku ini dicatat pada 3.1%.

 

Muat turun laporan

2012 Q3

Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.2% pada suku ketiga tahun 2012. Pelaburan swasta mencatat pertumbuhan sebanyak 22.9%, disokong oleh perbelanjaan modal dalam sektor pengangkutan, harta tanah dan utiliti serta pelaksanaan projek dalam sektor minyak dan gas. Manakala kadar pengangguran negara dicatat pada 2.9%.

 

Muat turun laporan

2012 Q2

Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan sebanyak 5.4% pada suku kedua 2012. Pelaburan swasta mengukuh kepada 24.6%. Sementara penggunaan swasta mencatat pertumbuhan yang kukuh sebanyak 8.8% pada suku kedua, dengan perbelanjaan isi rumah disokong oleh keadaan pasaran pekerja yang kukuh, kenaikan pendapatan yang teguh dan sentimen pengguna yang bertambah baik. Kadar pengangguran kekal pada 3.0%.

 

Muat turun laporan

2012 Q1

Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 4.7% pada suku pertama tahun 2012. Pelaburan sektor swasta berkembang sebanyak 19.8%, disokong oleh perbelanjaan dalam sektor minyak dan gas dan sektor perkilangan. Kadar pengangguran kekal rendah pada kadar 3%.

 

Muat turun laporan

2011 Q4

Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan sebanyak 5.2% pada suku keempat tahun 2011. Penggunaan swasta meningkat pada kadar 7.1%, disokong oleh pertumbuhan pendapatan yang menggalakkan dan keadaan pasaran pekerja yang teguh. Manakala kadar pengangguran suku ini dicatat pada 3.1%.

 

Muat turun laporan

2011 Q3

Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan sebanyak 5.8% pada suku ketiga 2011. Penggunaan swasta meningkat dengan kukuh pada 7.3% berikutan pertumbuhan pendapatan yang menggalakkan oleh kerana keadaan pasaran pekerja yang kekal stabil dan pembayaran bonus setengah bulan kepada kakitangan awam. Kadar pengangguran dicatat pada 3.0%.

 

Muat turun laporan

2011 Q2

Ekonomi Malaysia mencatat perkembangan yang sederhana sebanyak 4.0% pada suku kedua 2011 ekoran kelembapan permintaan luar negeri. Penggunaan swasta meningkat sebanyak 6.4% pada suku kedua dengan perbelanjaan keseluruhan disokong oleh pertumbuhan pendapatan yang berterusan berikutan keadaan pasaran pekerja yang menggalakkan. Pelaburan swasta kekal kukuh, disokong oleh pelaburan dalam bidang pertumbuhan baharu, iaitu industri tenaga suria, E&E berteknologi tinggi dan kelengkapan perubatan. Untuk suku ini, kadar pengangguran keseluruhannya menurun kepada 3.0%

 

Muat turun laporan

2011 Q1

Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan sebanyak 4.6% pada suku pertama 2011. Penggunaan swasta meningkat sebanyak 6.7%, disokong oleh sentimen pengguna yang positif. Perbelanjaan pengguna turut dirangsang oleh promosi jualan yang diadakan sempena perayaan. Manakala pelaburan sektor swasta pula disokong oleh perkembangan dalam pengeluaran di dalam sektor pembuatan. Kadar pengangguran tidak berubah pada 3.2%.

 

Muat turun laporan

2010 Q4

Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan sebanyak 4.8% pada suku keempat 2010. Penggunaan swasta berkembang sebanyak 6.5%, disokong oleh tahap pendapatan yang lebih tinggi serta perbelanjaan pengguna yang didorong oleh promosi jualan yang diadakan semasa musim perayaan serta musim cuti sekolah. Kadar pengangguran menurun kepada 3.0%.

Muat turun laporan

2010 Q3

Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.3% pada suku ketiga tahun 2010. Penggunaan swasta mencatat pertumbuhan sebanyak 7.1%, disokong oleh sentimen pengguna yang positif dan perbelanjaan pada musim perayaan. Kadar pengangguran menurun kepada 3.2%.

 

Muat turun laporan

2010 Q2

Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan yang kukuh sebanyak 8.9% pada suku kedua 2010. Penggunaan swasta meningkat sebanyak 7.9%, disokong oleh inflasi yang secara relatifnya rendah dan pendapatan yang terus meningkat. Kadar pengangguran dicatat pada 3.3%.

 

Muat turun laporan

2010 Q1

Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan yang kukuh sebanyak 10.1% pada suku pertama 2010. Penggunaan swasta terus berkembang sebanyak 5.1%, disokong oleh pasaran pekerja yang bertambah baik dan inflasi yang rendah.

 

Muat turun laporan

2009 Q4

Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan sebanyak 4.5% pada suku keempat 2009. Pelaksanaan langkah rangsangan fiskal yang lebih pesat pada suku ini telah mendorong pertumbuhan ekonomi negara. Penggunaan swasta pula telah berkembang sebanyak 1.7%, disokong oleh keadaan pasaran pekerja yang lebih baik dan kadar inflasi yang rendah.

 

Muat turun laporan

2009 Q3

Ekonomi Malaysia telah mencatat penguncupan yang lebih kecil sebanyak 1.2% pada suku ketiga 2009. Penggunaan swasta meningkat sebanyak 1.5% manakala perbelanjaan modal sektor swasta pada umumnya masih lemah.

 

Muat turun laporan

2009 Q2

Ekonomi Malaysia mencatat penguncupan sebanyak 3.9% pada suku kedua 2009, dipengaruhi oleh kemerosotan dalam permintaan luar negeri dan aktiviti pelaburan swasta yang lemah. Penggunaan swasta mencatat pertumbuhan positif pada 0.5%.

 

Muat turun laporan

2009 Q1

Ekonomi Malaysia mencatat penguncupan sebanyak 6.2% pada suku pertama 2009 disebabkan oleh kemerosotan yang ketara dalam permintaan luar negeri dan permintaan dalam negeri. Penggunaan swasta merosot sebanyak 0.7%, disebabkan oleh sentimen yang lemah dan pemberhentian pekerja yang lebih tinggi, terutamanya dalam sektor perkilangan.

 

Muat turun laporan