AMAN
1Negaraku

AMAN
1Negaraku

MANIFESTO BARISAN NASIONAL
Menambah jumlah kamera litar tertutup definisi tinggi (CCTV HD) di semua kawasan kerap berlakunya jenayah.
Menambah jumlah Rakan Cop dan Polis Bantuan terlatih dalam kawasan kejiranan.
Menambah jumlah anggota Skim Rondaan Sukarela.
Membina Penjara Khas dengan sistem keselamatan elektronik bersepadu.
Membina Pusat Penjagaan dan Pemulihan Dadah di kawasan strategik dan menaiktaraf pusat-pusat sedia ada.
Meluaskan inisiatif Kempen Perangi Dadah Habis-Habisan 3.0 (PDH 3.0).
Menambah pos kawalan dan sistem pemantauan di sepanjang sempadan Malaysia – AKSEM dan AKSEMNET.
Memasang lebih banyak lampu jalan di kawasan-kawasan luar bandar dengan peruntukan sebanyak RM100 juta.
Meneruskan geran Komuniti Penduduk 1Malaysia untuk semua persatuan penduduk.
Menyediakan dana sebanyak RM150 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan penggantian lampu jalan sedia ada di luar bandar.
Meluaskan peranan khidmat kawalan komuniti Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
Mentransformasi pasukan elit khas PDRM seperti Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING), Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) dan Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG) demi keamanan rakyat.
Menyebarluas usaha menentang keganasan dan ekstremisme melalui Gerakan Kesederhanaan Global (GMM).
Meningkatkan pembabitan masyarakat dalam pencegahan jenayah menerusi inisiatif PDRM menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol.
Meningkatkan kerjasama Kerajaan dengan peneraju industri pertahanan tempatan bagi menghasilkan teknologi pertahanan keluaran Malaysia.
Meremajakan komuniti Rukun Tetangga dengan mensasarkan 30% golongan belia dalam kepimpinan jawatankuasa Rukun Tetangga.
Menubuhkan Pusat Operasi Pertahanan Siber (CDOC) di bawah Kementerian Pertahanan.
Meluaskan diplomasi pertahanan serantau dengan negara-negara jiran yang berkongsi sempadan.
Meneruskan usaha menyebarluas idea keamanan dan kesederhanaan dalam negara dan antarabangsa menerusi penubuhan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman.
Melaksanakan Sistem Kawalan Imigresen Nasional (SKIN) di seluruh negara.
Meneruskan usaha pemodenan PDRM ke seluruh negara.
Mewujudkan inisiatif khas bagi meningkatkan peranan pemimpin komuniti dalam membantu Jabatan Imigresen menyelesaikan isu pendatang tanpa izin (PATI).
Memastikan semua lokap Polis di seluruh negara dilengkapi dengan kamera litar tertutup berdefinisi tinggi.
Memperkasakan inisiatif Program Rawatan dan Pemulihan Komuniti untuk Penagih Dadah (CRPD).
Memperkasa sukarelawan negara melalui sistem pendaftaran awal dan latihan khusus bagi mensiap siaga mereka menghadapi bencana secara lebih efektif.
Memperkasa kesiap siagaan menghadapi banjir melalui perlaksanaan 69 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di seluruh negara dengan kos sebanyak RM8.57 bilion. Hampir 1.5 juta rakyat akan menerima manfaat
daripada inisiatif ini.