A newer
BR1M

BR1M
Lebih Baru

MANIFESTO BARISAN NASIONAL:
Memastikan tidak ada rakyat yang terabai tanpa sebarang bantuan Kerajaan walaupun bukan atas sebab kemiskinan. Sebanyak tujuh juta orang menerima bantuan menerusi Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), walaupun sebahagiannya bukan berada dalam kategori miskin.
Mewujudkan sistem maklumat bantuan rakyat Malaysia – B40 Window – yang merentasi kementerian, jabatan dan agensi untuk memastikan tiada keciciran, ketirisan atau ketidakadilan dalam pemberian bantuan.
Meneruskan kejayaan BR1M lebih efisien dan lebih berkesan.
Bantuan sekali beri sebanyak RM1,500 untuk anak-anak penerima BR1M yang mendaftar di pusat pengajian tinggi.
Menambahbaik BR1M berlandaskan perilaku bersyarat penerima seperti penglibatan dalam latihan kemahiran dan memastikan anak-anak mendapat imunisasi.
Isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000, BR1M pada Jun dan Ogos berjumlah RM300 digandakan kepada RM600, bermakna jumlah keseluruhan meningkat daripada RM900 kepada RM1,500.
Bagi individu bujang berpendapatan RM2,000 ke bawah yang telah terima BR1M sebanyak RM450, akan menerima tambahan RM150 pada Jun, bermakna jumlah keseluruhan adalah RM600.
Isi rumah berpendapatan antara RM4,000 hingga RM5,000 sebulan akan menerima BR1M sebanyak RM700 dengan pembayaran dua kali pada Jun dan Ogos.