Pendidikan
Sesuai Masa Depan

Pendidikan
Sesuai Masa Depan

MANIFESTO BARISAN NASIONAL
Memahirkan 5 juta pelajar sekolah dengan kemahiran digital Revolusi Industri 4.0.
Menaiktaraf semua sekolah daif di seluruh negara.
Memadankan pelajar universiti dan bakal majikan di bawah SL1M 2.0.
Melahirkan pekerja pembinaan berkemahiran tinggi.
Menaiktaraf Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).
Menaikkan had Insentif untuk Skim Simpanan Pendidikan.
Mengurangkan beban kerja pentadbiran para pendidik dengan peralatan lebih baik di bilik darjah.
Menambah jumlah subjek dalam Program Dwibahasa (DLP).
Mempertingkat kemahiran Bahasa Inggeris melalui Program Dwibahasa (DLP), Program Imersif Tinggi (HIP) dan memperkenalkan sekolah beraliran Inggeris di Sabah dan Sarawak sebagai projek rintis.
Menyediakan insentif khusus untuk mencipta khidmat pembelajaran dalam talian.
Memperluas pelaksanaan Program Anak Angkat bagi pengukuhan sosiobudaya.
Membina dan menambah kapasiti asrama untuk pelajar-pelajar luar bandar.
Meluaskan capaian Internet pantas ke semua universiti-universiti awam.
Memperuntukkan sebanyak RM12 juta untuk program pendidikan khas masyarakat luar bandar untuk 615,000 orang peserta.
Mengendalikan bengkel ilmu keibubapaan di kawasan yang sudah dikenalpasti.
Mentransformasi infrastruktur di universiti-universiti awam untuk kampus bestari.
Menurunkan kadar keciciran pelajar-pelajar Orang Asli di sekolah.
Memperkukuh sistem pendidikan pelbagai aliran di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).
Menaiktaraf prasarana, bilik darjah, bilik guru khusus di Sekolah untuk anak-anak tentera.
Menaiktaraf Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) kepada Universiti P.Ramlee.
Menubuhkan Universiti Al-Quran agar lebih banyak graduan huffaz yang mempunyai pelbagai kepakaran.
Melengkapkan sekolah-sekolah Tahfiz dengan sistem latihan kemahiran Giat MARA.
Meningkatkan peratusan pengambilan bukan Bumiputera ke dalam universiti-universiti awam di Malaysia.
Tajaan sehingga 80% kos pengajian untuk pelajar cemerlang dengan sekurang-kurangnya 9A+ dengan tawaran ke Universiti Oxford / Cambridge / 10 universiti terkemuka dunia.
Tajaan untuk pelajar cemerlang dengan tawaran universiti luar negara selain Universiti Oxford / Cambridge / 10 universiti terkemuka dunia, termasuk untuk pelajar SPM 2015 & 2016 tajaan JPA.
Tajaan peringkat persediaan sebanyak RM6,340 setahun untuk pelajar cemerlang dengan sekurang-kurangnya A- dalam semua mata pelajaran SPM 2017.