Pengangkutan
Futuristik

Pengangkutan
Futuristik

Manifesto Barisan Nasional:
Memperkenalkan Pas Pengangkutan Awam TN50 berharga antara RM50 – RM150 yang memberi akses perjalanan tanpa had sebulan untuk pelajar, belia bekerja, warga emas dan OKU.
Membina Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR).
Membina Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dari Pelabuhan Klang ke Pengkalan Kubor.
Meningkatkan jaringan pengangkutan awam Lembah Klang dengan pembangunan Sistem Aliran Transit Ringan (LRT) fasa 3 dan Sistem Aliran Transit Massa (MRT) fasa 3.
Membina Landasan Berkembar Gemas-Johor Bahru.
Menaiktaraf dan menyelenggara jalan persekutuan secara berkala sebagai alternatif kepada lebuh raya bertol.
Menaiktaraf landasan berkembar Lembah Klang sepanjang 42km.
Meningkatkan kualiti perkhidmatan bas pengantara.
Membina sebuah pelabuhan moden bertaraf dunia di Pulau Carey.
Membina landasan kereta api elektrik dari Subang Jaya ke Terminal Skypark Subang.
Mewujudkan zon ekonomi baharu di kawasan sempadan dengan membangunkan kawasan-kawasan ketersambungan jalan raya.
Menaiktaraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan Lapangan Terbang Kota Bharu di Semenanjung.
Membina Sistem Transit Rapid (RTS) yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura.
Menaiktaraf infrastruktur pengangkutan di Pulau Labuan – pembinaan jambatan dan menambah pelantar feri.
Menyiapkan Lebuh Raya Pantai Barat dari Banting ke Taiping menjelang 2020.
Menaiktaraf fasiliti jeti, terminal dan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Pulau Langkawi dengan peruntukan sebanyak RM86.5 juta.
Membina dan menaiktaraf jambatan-jambatan di kawasan kritikal seperti di Batang Lupar, Temerloh, Kota Tinggi dan Batang Kali.
Meluaskan kawasan liputan Saluran Paip Pelbagai Produk Petroleum (MPP) sepanjang 600km di Semenanjung.
Membina lebuh raya Laluan Lingkaran Tengah yang menghubungkan Kelantan, Pahang dan Negeri Sembilan.
Membina saluran paip gas asli sepanjang 140km dari Ayer Tawar ke Ipoh.
Mewujudkan pembangunan bandar baharu moden dan hijau di sepanjang jajaran pengangkutan awam.
Mewujudkan Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) bersepadu di seluruh negara.
Menyiapkan pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur fasa 3.
Menaiktaraf gerabak perkhidmatan Kereta Api Elektrik (ETS).
Menaiktaraf jalan dan penyuraian trafik di pelabuhan-pelabuhan.
Membina Pelabuhan Darat Perlis (PIP) di Lembah Chuping.
Membaik pulih gerabak dan lokomotif KTM.
Membaik pulih infrastruktur landasan dan jambatan keretapi Pantai Timur.
Menggalakkan penggunaan elektrik secara optimum melalui pemasangan meter pintar dan lampu LED.
Meningkatkan penggunaan bas elektrik secara berperingkat bagi mengurangkan emisi karbon dioksida.
Menaiktaraf sistem pengairan dan saliran di 143 lokasi untuk meningkatkan pengeluaran padi.
Menaiktaraf 422km jalan di dalam kawasan-kawasan FELDA.
Membina dan menaiktaraf jalan ladang meliputi jarak sepanjang 830km.
Memperhebat agenda kesalinghubungan antara kawasan-kawasan luar bandar melalui pembinaan 383 jambatan kecil di seluruh negara.
Menambah lampu jalan di dalam kawasan-kawasan penempatan FELDA.
Menaiktaraf 419km sistem pembentungan di kawasan-kawasan FELDA.
Menaiktaraf jalan di kawasan sawah sepanjang 623km bagi memudahkan pengangkutan padi.
Membina 4 loji Rawatan Kumbahan Wilayah dan Rangkaian Paip Pembentungan di Semenanjung.
Menambah tanda, garisan dan lampu jalan di kawasan-kawasan FELDA meliputi 1,240km.
Membina Loji Rawatan Pembentungan Wilayah di Tunjong, Kelantan merangkumi 34.9km memanfaatkan 300,000 penduduk.
Membina Loji Rawatan Pembentungan Wilayah di Tunjong, Kelantan merangkumi 34.9km memanfaatkan 300,000 penduduk.
Lebuhraya PLUS dari Yong Peng ke Johor Bahru daripada 4 lorong menjadi 6 lorong.
Lebuhraya baharu Kuala Linggi-Masjid Tanah-Klebang-Teluk Mas di Melaka.
Lebuhraya Tepoh-Kuala Nerus dari Terengganu ke Kelantan.
Lapangan Terbang Baharu di Sri Iskandar di Perak.
Lembangan Sungai Perlis dari Kangar ke Kuala Perlis.
Lebuhraya di Kelantan dari Gua Musang ke Kota Bharu.