Penjagaan Kanak-Kanak
Universal

Penjagaan Kanak-Kanak
Universal

MANIFESTO BARISAN NASIONAL
Melaksanakan polisi Penjagaan Awal Kanak-Kanak Universal (Universal Child Care) dengan memformulasikan kurikulum, program inklusif, pemakanan bernutrisi dan melatih tenaga pengasuh profesional.
Mengangkat status nutrisi kanak-kanak berusia 6 bulan hingga 6 tahun di kalangan keluarga miskin tegar.
Meningkatkan jumlah pemberian unit amanah percuma ADAM50 untuk membantu ibu bapa muda menjamin masa depan yang cerah untuk kelahiran baru.
Mendorong majikan untuk menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak dengan insentif khas seperti pelepasan cukai.
Memberikan insentif kepada syarikat yang menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak dan fasiliti untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi.
Membenarkan kakitangan lelaki sektor awam bercuti tanpa rekod selama 10 hari apabila isteri melahirkan anak.
Memperuntukkan cuti khas 7 hari setahun kepada wanita yang menjaga anak atau saudara terdekat yang sakit.
Mewujudkan khidmat pusat sehenti yang menempatkan pusat jagaan kanak-kanak dan pusat usahawan untuk peneroka FELDA di bawah kelolaan Gabungan Penerokawati FELDA Malaysia di semua penempatan FELDA.