Utama
Ibu & Wanita

Utama
Ibu & Wanita

MANIFESTO BARISAN NASIONAL:
Menubuhkan Majlis Ekonomi Wanita (MEW) yang akan
dipengerusikan oleh Y.A.B. Perdana Menteri khusus untuk agenda ekonomi wanita.
Menubuhkan pusat transformasi usahawan wanita (model PASARNITA) yang akan melebarkan jaringan perniagaan.
Memudahcara proses pemerolehan pinjaman golongan wanita tunggal.
Memudahkan syarat pinjaman mikrokredit untuk usahawan wanita.
Mewujudkan Koperasi Wanita yang menawarkan kemudahan simpanan dan pinjaman kewangan.
Menyemarakkan latihan vokasional/TVET wanita dan ibu tunggal dengan mewujudkan jaringan kerjasama yang mantap.
Menambah pendapatan ibu-ibu tunggal B40 melalui latihan di
Kursus Asuhan PERMATA.
Menggilap potensi ibu-ibu tunggal melalui program peningkatan kemahiran dan latihan.
Menjamin sekurang-kurangnya 30% keanggotaan Dewan Negara disandang wanita.
Memperluaskan penglibatan dan peluang wanita sebagai pembuat keputusan.
Menggubal Akta Gangguan Seksual untuk melindungi mangsa.
Menubuhkan Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah bermula dari Wilayah Persekutuan.
Menubuhkan Majlis Kehakiman Syariah Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Perdana Menteri sebagai satu jawatankuasa induk untuk membincangkan dan menyelaraskan isu-isu berkaitan hal ehwal perundangan dan kehakiman Syariah di Malaysia.
Menggalakkan sektor swasta membenarkan ibu-ibu mengandung pulang sejam lebih awal.
Memperluaskan insentif cukai kepada 24 bulan bagi wanita yang kembali semula ke pasaran pekerjaan.
Menggalakkan syarikat-syarikat mengamalkan dasar Keseimbangan Kehidupan dan Pekerjaan.
Meningkatkan jumlah tawaran Rumah Transit Belia 1Malaysia untuk wanita muda yang baru memulakan kerjaya.
Menyediakan kaunter perkhidmatan khas khusus untuk wanita di semua UTC dan RTC.