1 Ogos, 2011

Perutusan Ramadan 1432H/2011M YAB Perdana Menteri


Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia, Saudara dan saudari sekalian,

1.         Salam Ramadhan saya hulurkan kepada semua umat Islam dan semoga Allah mempermudahkan serta menyempurnakan Ramadhan tahun ini tanpa sebarang halangan. Sesungguhnya, Ramadhan adalah bulan yang amat istimewa kerana ia adalah satu-satunya bulan yang disebutkan namanya secara khusus di dalam al-Quran. Menambahkan lagi kemuliaannya, Allah SWT telah mengikat bulan ini dengan Rukun Islam yang ketiga, yakni ibadah puasa. Ramadhan benar-benar salah satu daripada syiar-syiar agung agama Islam. Sambutan dan penghormatan kita kepada Ramadhan adalah tanda ketakwaan sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Hajj ayat 32 yang bermaksud :-

“Demikianlah (ajaran Allah) dan sesiapa yang menghormati syiarlanjutnya di sini-syiar agama Allah, maka (dialah orang yang bertakwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat takwa hati orang mukmin.”

2.        Justeru, kehadiran Ramadhan al-Mubarak ini, merupakan satu rahmat besar yang telah disediakan oleh Allah SWT sebagai satu medan untuk kita semua membina kualiti keimanan dan ketakwaan. Sememangnya, Ramadhan akan kita hiasi siang dan malamnya dengan segala rupa bentuk ibadah dan amalan soleh seperti berpuasa, bertarawih, bertadarus dan mentilawahkan al-Quran,  berzikir dan bermunajat. Sudah tentu, antara hikmah segala ibadah ini ialah untuk membangunkan segala sifat dan kualiti terpuji di dalam diri kita.

Read more here…

Shares Share Kategori : Official Addresses