28 Mei, 2014

Kenyataan Akhbar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Mengenai Kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah, Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan

Menteri Besar Perak YAB Dato’ Sri Dr. Zambry Abdul Kadir telah mengumumkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah mangkat pada hari ini, Rabu 28 Mei 2014 bersamaan 28 Rejab 1435 Hijrah jam 1.30 petang.

Dengan perasaan yang amat sedih dan dukacita saya bagi pihak kerajaan dan rakyat jelata merakamkan ucapan takziah kepada Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Bainun, anakanda-anakanda serta kerabat-kerabat baginda di atas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Almarhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah banyak berjasa sepanjang tempoh pemerintahan baginda sebagai Sultan Perak dan semasa baginda menjadi Yang Di Pertuan Agong. Almarhum Sultan Azlan Shah juga telah berkhidmat dengan cemerlang sepanjang tempoh baginda menjadi Ketua Hakim Negara.

Saya juga meminta supaya semua pihak mengibarkan bendera Malaysia separuh tiang di seluruh Negara pada hari pemakaman iaitu pada hari Khamis, 29 Mei 2014 Bersamaan 29 Rejab 1435 Hijrah.

Shares Share Kategori : Press Statement