17 Julai, 2009

Kes Kematian Teoh Beng Hock


1.     Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Teoh Beng Hock dan bakal isterinya Soh Cher Wei, di atas kematian beliau. Saya rasa amat sedih dan simpati apabila dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.
2.     Saya ingin menegaskan bahawa pihak polis akan menyiasat kematian tersebut dengan menyeluruh dan penuh profesional agar kita dapat kepastian apa yang sebenarnya berlaku.
3.     Kerajaan harap semua pihak bertenang dan sabar sehingga selesai siasatan. Sementara proses siasatan dijalankan, saya harap semua pihak tidak membuat kenyataan atau tindakan yang boleh mengelirukan masyarakat umum.
Shares Share Kategori : Press Statement