PELANTIKAN TAN SRI SHAHRIR ABDUL SAMAD SEBAGAI PENGERUSI FELDA

By January 7, 2017 Press Statement

KENYATAAN MEDIA
 
PELANTIKAN TAN SRI SHAHRIR ABDUL SAMAD
SEBAGAI PENGERUSI FELDA
 
 
1.            Selaras dengan hasrat Kerajaan untuk memperkukuhkan dan memantapkan lagi kepimpinan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), saya ingin memaklumkan bahawa Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad telah dilantik sebagai pengerusi yang baru.
 
2.            Tan Sri Shahrir menggantikan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang telah tamat tempoh perkhidmatannya sebagai Pengerusi FELDA, manakala Tan Sri Mohd Isa akan terus memegang jawatan sebagai Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).
 
3.            Di bawah penyusunan ini, adanya pembahagian tanggungjawab iaitu terhadap kebajikan dan sosio-ekonomi peneroka, dan perniagaan FELDA.
 
4.            Tan Sri Shahrir mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran Kerajaan dan pernah menjadi Menteri di tiga kementerian. Beliau juga pernah menyandang jawatan Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Di samping itu, beliau pernah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) yang bertanggungjawab mengaudit ketelusan badan-badan kerajaan. Saya yakin beliau dapat meneruskan segala usaha yang sedang dibuat bagi mensejahterakan lagi warga FELDA.    
 
5.            Saya mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Mohd Isa di atas sumbangan beliau kepada FELDA sejak memegang jawatan tersebut pada tahun 2011. Di bawah kepimpinannya, FELDA telah menjayakan banyak aktiviti kemasyarakatan serta program-program bagi meningkatkan kualiti hidup peneroka dan keluarga mereka.
 
Dato’ Sri Mohd Najib
Putrajaya
 
6 Januari 2017