27 Disember, 2010

Pengurusan Baru Felda


1. YB. Tan Sri Dato’ Seri Utama Mohd Isa Abdul Samad dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) berkuat kuasa pada 1 Januari 2011.

2. Pelantikan ini dibuat berdasarkan keyakinan Kerajaan terhadap kemampuan Tan Sri Mohd Isa untuk member perkhidmatan yang cemerlang dan efektif.

3. Tan Sri Mohd Isa menggantikan Tan Sri Dr Mohd Yusoff Noor yang telah dilantik sebagai Penasihat kepada Menteri yang bertanggungjawab ke atas FELDA. Pelantikan ini juga berkuat kuasa pada 1 Januari 2011.

4. Perdana Menteri mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Tan Sri Yusoff di atas perkhidmatan beliau menerajui FELDA bermula dari 1 Julai 2001 hingga 31 Disember 2010.

5. Di bawah teraju Tan Sri Yusoff, FELDA telah mengalami transformasi yang membanggakan serta menempa pelbagai kejayaan, sekali gus menjadi penyumbang ekonomi negara

Shares Share Kategori : Press Statement