27 Mei, 2016

Perkhidmatan Dato’ Sri Abdul Wahid Bin Omar


PERKHIDMATAN YB SENATOR DATO’ SRI ABDUL WAHID BIN OMAR, SEBAGAI AHLI DEWAN NEGARA DAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Adalah dimaklumkan bahawa tempoh perkhidmatan YB Senator Dato’ Sri Abdul Wahid Omar, sebagai Ahli Dewan Negara dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan tamat pada 4 Jun 2016.

2. Adalah menjadi hasrat YB Senator Dato’ Sri Abdul Wahid untuk hanya berkhidmat bagi satu penggal ketika beliau menerima pelantikan ini pada tahun 2013.

3. Saya menerima keputusan YB Senator Dato’ Sri Abdul Wahid untuk kembali ke sektor korporat sebagaimana yang telah dipersetujui pada tahun 2013. Namun begitu, YB Senator Dato’ Sri Abdul Wahid akan terus kekal sebagai Ahli Majlis Ekonomi (Economic Council) yang dipengerusikan oleh saya pada setiap minggu.

4. Saya telah memaklumkan keputusan ini kepada Kabinet hari ini dan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada YB Senator Dato’ Sri Abdul Wahid di atas perkhidmatan dan sumbangan beliau. Saya yakin dan percaya YB Senator Dato’ Sri Abdul Wahid akan terus memberi sumbangan terhadap usaha-usaha pembangunan negara.

5. YB Senator Dato’ Sri Abdul Wahid telah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal pertama pada 5 Jun 2013 dan seterusnya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab kepada Unit Perancang Ekonomi.

Shares Share Kategori : Press Statement