28 Ogos, 2009

Perlantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi Sebagai Pengerusi IKIM


1.    Saya ingin memaklumkan bahawa Mantan Perdana Menteri, Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dilantik sebagai Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) berkuatkuasa pada 01 September 2009.
2.    Beliau yang juga merupakan lulusan Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam dari Universiti Malaya akan menggantikan Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid yang telah memutuskan untuk melepaskan jawatan tersebut.
3.    Saya yakin IKIM di bawah kepimpinan Tun Abdullah akan terus menjadi satu institusi yang berjaya dalam merangka dan melaksanakan aktiviti untuk meningkatkan kefahaman Islam.
4.    Perlantikan Tun Abdullah juga akan dapat menyemarakkan lagi usaha IKIM untuk meningkatkan kefahaman Islam yang sebenar di kalangan umat Islam dan bukan Islam.
Shares Share Kategori : Press Statement