14 Disember, 2009

Perletakan Jawatan Timbalan Menteri Pelancongan


1. Saya ingin memaklumkan bahawa saya telah bersetuju menerima perletakan jawatan Timbalan Menteri Pelancongan YB Dato’ Sri Sulaiman Abd. Rahman Abd. Taib atas alasan peribadi, berkuatkuasa pada hari ini.

2. Keputusan ini dibuat setelah saya berbincang dengan Ketua Menteri Sarawak, YAB Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang juga Pengerusi Barisan Nasional Negeri.

3. Walaupun demikian, YB Dato’ Sri Sulaiman akan terus kekal sebagai Ahli Parlimen Kota Samarahan.

4. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Dato’ Sri Sulaiman atas segala jasa dan sumbangan beliau. Saya juga berharap beliau akan terus memberi sumbangan menerusi kedudukan beliau sebagai wakil rakyat Barisan Nasional.

Shares Share Kategori : Press Statement