3 , 2010

Petronas CEO Appointment


PELANTIKAN
PRESIDEN DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF 

DAN PEMANGKU PENGERUSI PETRONAS

  1. Sehubungan dengan ini saya mengumumkan pelantikan YBhg. Dato’ Shamsul Azhar Abbas sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas berkuatkuasa 10 Februari 2010. Beliau turut dilantik memangku jawatan Pengerusi Lembaga Petronas. Beliau akan menggantikan Y.Bhg Tan Sri Mohd Hassan Merican yang mana tempoh kontrak perkhidmatannya akan tamat pada 9 Februari 2010.
  2.    Kerajaan mengucapkan terima kasih atas sumbangan besar Tan Sri Hassan kepada negara dan industri petroleum, selaku Pemangku Pengerusi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas sejak tahun 1995. Beliau mula berkhidmat dengan Petronas sejak tahun 1989 sebagai Naib Presiden Kanan Kewangan sebelum dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif dalam tahun 1995. Beliau kemudiannya menyandang sebagai Pemangku Pengerusi pada tahun 2004 hingga sekarang.
  3. Semasa tempoh perkhidmatan beliau, Petronas telah diiktiraf sebagai sebuah syarikat yang bereputasi dan berprestasi tinggi yang mendapat penarafan sebagai satu-satunya syarikat Fortune 500 di negara ini. Beliau juga telah berjaya membawa Petronas ke pasaran luar negara dan dapat bersaing dengan syarikat minyak gergasi yang lain. Dengan pengalaman yang luas ini,  saya berharap Tan Sri Hassan akan terus menyumbang pengetahuan dan pengalaman beliau kepada pembangunan negara terutamanya  dalam bidang tenaga.
  4.    Dato’ Shamsul Azhar, 57, berpengalaman luas dalam industri petroleum negara. Jawatan terakhir yang disandang beliau adalah sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MISC Berhad antara 2004-2009. Beliau mula berkhidmat dengan Petronas pada tahun 1974 dan pernah memegang beberapa jawatan kanan, termasuk Naib Presiden Perniagaan Minyak, Naib Presiden Petrokimia, Naib Presiden Eksplorasi (Upstream) dan Naib Presiden Maritim dan Logistik. Saya yakin beliau mempunyai kelayakan, kewibawaan dan pengalaman untuk membawa kejayaan yang berterusan kepada Petronas.
Shares Share Kategori : Press Statement