31 Mac, 2010

Program Biasiswa Nasional Bagi Tahun 2010


Mulai tahun 2010, Kerajaan telah memutuskan untuk menaja pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang paling cemerlang mengikuti pengajian ke universiti-universiti terkemuka di peringkat Ijazah Pertama di dalam dan luar negara. Program penajaan ini bertujuan untuk menyediakan biasiswa yang berprestij untuk pelajar-pelajar lepasan SPM yang paling cemerlang  dalam melahirkan modal insan yang berkualiti untuk menjamin kesinambungan keupayaan negara pada masa akan datang.
Sehubungan itu, seramai 30 orang pelajar paling cemerlang dari kalangan pelajar yang mendapat A+ bagi semua mata pelajaran dalam  peperiksaan SPM 2009 telah dikenalpasti oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelajar-pelajar ini akan ditawarkan biasiswa untuk mengikuti pengajian ke universiti terkemuka dalam bidang-bidang pilihan mereka yang telah diiktiraf oleh Kerajaan. Pelajar-pelajar ini akan mengikuti kursus persediaan di pusat-pusat persediaan dalam negara yang telah ditetapkan oleh Kerajaan. Setiap pelajar dikehendaki mencapai tahap kecemerlangan yang ditetapkan semasa di peringkat persediaan bagi melayakkan mereka meneruskan pengajian di luar negara.
Senarai pelajar yang akan ditawarkan Biasiswa Nasional adalah seperti berikut:
BIL
NAMA
SEKOLAH
1.
Gladys Tan Yee Kim
SMK Green Road, Kuching
2.
Grace Kiew Sze-Ern
SMK(P) Sri Aman , Petaling Jaya
3.
Khadijah Ahmad Jais
SM Agama Persekutuan, Labu
4.
Akmal Hidayat Sabri
SMK Derma, Kangar
5.
Syamilah Mahali
Kolej Tunku Kurshiah, Seremban
6.
Lee Wei Ling, Amelia
SMK Taman Melawati, Gombak
7.
Nur Syuhadah Muhamad
SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu
8.
Lai Yin Kwin
SMK Tinggi Melaka
9.
Corinne Gunn Huey Min
SMK Taman Melawati
10
Hu May Khei
SMK Convent, Taiping
11.
Muhammad Amal Aiman Mohd Yusof
MRSM, Kota Bharu
12.
Kuah Jia Ying
SMK Bukit Jambul, Pulau Pinang
13.
Chean Chung Shen
SMK Methodist (ACS), Sitiawan
14.
Ahmad Zhafir Zulkfli@Zulkifli
SBPI Temerloh
15.
Goh Diangde
SMK Derma
16.
Ameenah Azman
Kolej Tunku Kurshiah, Seremban
17.
Erin Chuah Wei Yen
SMK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur
18.
Mohamad Syukri Azmi
MRSM Kota Bharu
19.
Muhammad Syafiq Kamarulzaman
SBPI Selandar
20.
Neelam Devi Nath
SMK Buloh Kasap
21.
Ooi Hui Lynn
SMK Convent Green Lane, Pulau Pinang
22.
Nurliyana Sanusi
MRSM Kota Bharu
23.
Gan Li Fang
SMK Tun Mamat
24.
Muhammad Sallehuddin Haji Mansor
SMK Matang, Perak
25.
Muhammad Izzat Solihuddin
MRSM Tun Ghafar Baba
26.
Nurizzati Zainal Nazeri
Kolej Yayasan Saad, Melaka
27.
Khairunnisa Che Bahrun
Maahad Ahmadi, Tanah Merah, Kelantan
28.
Nurulaida Mohd Darus
SBPI Jempol, Negeri Sembilan
29.
Loh Sook Yin
SMK Tinggi St David
30
Malathy a/p Balakrishnan
SMK Ibrahim
Shares Share Kategori : Press Statement