7 Mei, 2013

Serangan oleh Israel ke atas Syria


Kerajaan Malaysia mengutuk keras serangan udara oleh pihak Israel ke atas Syria pada Ahad, 5 Mei 2013 yang telah mengakibatkan kematian orang awam.  Serangan tanpa provokasi tersebut merupakan satu pencabulan serius ke atas integriti wilayah sesebuah negara yang berdaulat dan melanggar undang-undang antarabangsa serta Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Dalam mengecam serangan tersebut, Malaysia menyertai negara-negara lain menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengambil tindakan segera terhadap pencabulan tersebut bagi mengelakkan konflik di rantau Asia Barat bertambah meruncing.

 

Shares Share Kategori : Press Statement