RM10 Juta Peruntukan untuk NGO India Muslim
1

YAB PM Dato' Sri Najib Tun Razak umumkan peruntukan RM10 juta untuk NGO India Muslim bagi tempoh 2 tahun akan datang dan bantuan kewangan untuk bangunkan dewan atau kompleks bagi masyarakat tersebut.

Tarikh: 2018-05-03

Tempat: Putrajaya

Baik Pulih Padang Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2
2

YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak meluluskan peruntukan RM500,000 untuk membaik pulih padang Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2 ketika membuat lawatan kerja ke Parlimen Kuala Selangor

Tarikh: 2018-05-02

Tempat: Selangor

5 Hadiah Istimewa Untuk Warga Pekerja
3

Bagi menghargai jasa lebih 14 juta warga pekerja, YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak mengumumkan 5 'hadiah istimewa' sempena Sambutan Hari Pekerja 2018. Ia mencakupi pemberian peruntukan khas sebanyak RM3 juta kepada kesatuan sektor swasta, pelaksanaan dasar gaji minimum yang baharu, dana bantuan interim berjumlah RM60 juta kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), cuti paterniti mandatori sekurang-kurangnya tiga hari diperuntukkan, dan peruntukan RM200 juta untuk melahirkan tenaga kerja mahir bagi mendepani cabaran Revolusi Indusrti 4.0.

Tarikh: 2018-05-01

Tempat: Kuala Lumpur

Pelancaran PPR Pekan
4

YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak melancarkan Program Perumahan Rakyat (PPR) Pekan yang akan dijual pada harga RM35,000 selepas disubsidi Kerajaan. Harga itu jauh lebih murah berbanding harga asal sebelum subsidi iaitu RM207,382 seunit. 100 drpd 500 unit bakal dikhaskan untuk warga DRB-HICOM yang bekerja di sana.

Tarikh: 2018-04-27

Tempat: Pahang

Pembinaan Kompleks Sukan di Kechau, Lipis
5

YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak mengumumkan kelulusan peruntukan projek naik taraf loji rawatan air Benta Fasa 2 & pembinaan Kompleks Sukan bernilai RM10 juta di Kechau, Lipis

Tarikh: 2018-04-25

Tempat: Pahang

PPA1M Bukit Pinang
6

YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak melancarkan majlis pecah tanah projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Bukit Pinang, Kedah yang meliputi tiga fasa pembangunan serta menawarkan 859 unit rumah teres dan pangsapuri. Menariknya, setiap unit Kerajaan beri subsidi RM38,000.

Tarikh: 2018-04-22

Tempat: Kedah

Bina 10 Sekolah Cina baharu
7

Kerajaan telah bersetuju bina 10 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang baharu. YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak turut meluluskan penubuhan Universiti Xiamen dan lanjutkan pajakan 99 tahun kepada Sekolah Menengah Persendirian Chung Hwa di Kuala Lumpur.

Tarikh: 2018-04-23

Tempat: Kuala Lumpur

Pembinaan Hospital Pendang
8

Berita baik utk orang Pendang, YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak mengumumkan pembinaan Hospital Pendang seluas 17 hektar dan dijangka siap pada 2021. Projek bernilai RM210 juta tersebut bakal dilengkapi dengan wad 126 katil serta kemudahan lain seperti dua dewan bedah, lapan suit bersalin, pengimejan x-ray serta ultrasound, 18 ruang hemodialisis dan unit rehabilitasi.

Tarikh: 2018-04-22

Tempat: Kedah

MyApprenticeship jana 1 juta peluang pekerjaan
9

YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak merasmikan program MyApprenticeship yang bakal  menambah sejuta lagi peluang pekerjaan baharu untuk semua rakyat dan anak-anak Malaysia.  

Tarikh: 2018-04-20

Tempat: Kuala Lumpur

Tiga berita gembira untuk rakyat Tanjung Piai
10

YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak mengumumkan 3 berita gembira untuk rakyat di Parlimen Tanjung Piai iaitu peruntukan RM3 juta untuk nelayan dan penternak, RM3 juta bagi pembangunan Pekan Kukup serta menaik taraf Hospital Pontian dalam tempoh 5 tahun akan datang.

Tarikh: 2018-04-19

Tempat: Johor

UTC & PPR akan dibina di Teluk Intan
11

YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak mengumumkan pembinaan sebuah UTC di Teluk Intan & 500 unit rumah PPR serta pemasangan lampu limpah di stadium mini SMK Seri Kandi.

Tarikh: 2018-04-18

Tempat: Teluk Intan

Hospital Wanita dan Kanak-Kanak HKL siap hujung tahun
12

YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak mengumumkan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak HKL yang baru dijangka siap hujung tahun ini. Hospital tersebut dibina dengan kos RM848 juta dan merupakan salah satu daripada beberapa projek menaik taraf HKL.

Tarikh: 2018-04-17

Tempat: Kuala Lumpur

Peruntukan khas Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
13

Peruntukan khas Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sebanyak RM100 juta bagi penambahan had pembiayaan kepada isi rumah berpendapatan rendah diumumkan YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak pada Himpunan Usahawan AIM Parlimen Pekan.

Tarikh: 2018-04-15

Tempat: Pahang

Naik Taraf Jalan dari Pekan ke Sungai Miang
14

YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak melancarkan projek naik taraf jalan Persekutuan sepanjang 14.7 km dari bandar Pekan ke Sungai Miang. Projek yang dijangka siap 28 Februari 2022 itu diharap menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi masyarakat setempat.

Tarikh: 2018-04-14

Tempat: Pahang

Surat Penghargaan Masjid Al-Aqsa
15

YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak menerima Surat Penghargaan Masjid Al-Aqsa daripada Imam Besar Sheikh Dr Ekrima Said Sabri di Majlis Sambutan Israk dan Mikraj. Ini adalah penghargaan kepada usaha beliau menyokong perjuangan membebaskan Palestin daripada cengkaman Zionis.

Tarikh: 2018-04-14

Tempat: Putrajaya

Kompleks Wanita, Kanak-kanak Hospital Kajang siap 2021
16

Kompleks Wanita dan Kanak-Kanak, yang merupakan sebahagian daripada projek menaik taraf Hospital Kajang dijangka siap pada 2021 dengan kos pembinaan RM304.5 juta. Pembinaan bangunan tambahan itu diharap dapat mengurangkan kesesakan pesakit di hospital yang telah berusia 129 tahun itu.

Tarikh: 2018-04-14

Tempat: Selangor

Kad Bantuan Teksi 1Malaysia
17

YAB Perdana Menteri Dato 'Sri Najib Tun Razak melancarkan Kad Bantuan Teksi 1Malaysia yang diberikan kepada pemandu teksi seluruh negara. Melalui penerimaan itu, pemandu teksi menikmati kad prabayar yang mengandungi RM800 untuk pembelian petrol atau NGV Petronas. Selain itu, Kad Bantuan Teksi 1Malaysia turut dilengkapi dengan perlindungan insurans peribadi dari Mesra-AXXESS yang merangkumi jumlah pampasan sehingga RM50,000.

Tarikh: 2018-04-13

Tempat: Selangor

12 projek Kementerian Kesihatan di Pulau Pinang
18

YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak melancarkan 12 projek Kementerian Kesihatan di Pulau Pinang bernilai RM1.64 bilion, termasuk 22 ambulans baru untuk fasiliti kesihatan. 12 projek itu adalah insiatif berterusan oleh Kerajaan Persekutuan dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat di negeri itu. Ketika melancarkan 12 projek tersebut, Dato' Sri Najib turut meluluskan RM10 juta untuk pembinaan jejantas di Kampung Seronok, Bayan Lepas.

Tarikh: 2018-04-12

Tempat: Pulau Pinang

RM5 juta naik taraf Pasar Tanjung Tawau
19

YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak mengumumkan kelulusan peruntukan RM5 juta untuk menaik taraf Pasar Tanjung Tawau agar peniaga dapat menjalankan aktiviti perniagaan dengan lebih selesa.

Tarikh: 2018-04-09

Tempat: Sabah

Pembinaan Jambatan Ke Pulau Bum-Bum
20

YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak ketika lawatan kerjanya ke Sabah mengumumkan, pembinaan jambatan ke Pulau Bum-Bum dan pembesaran jalan masuk ke Semporna dari 2 kepada 4 laluan.

Tarikh: 2018-04-08

Tempat: Sabah

Pengumuman Pembubaran Parlimen
21

YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa beliau telah mendapat perkenan daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen ke-13 pada 7 April 2018 bagi memberi laluan Pilihan Raya Umum ke-14 berlangsung.

Tarikh: 2018-04-06

Tempat: Putrajaya