1. Tuduhan mengenai isu Altantuya

  1. Kes ini telah disiasat, dibicarakan dan diputuskan di Mahkamah Persekutuan. Ia adalah kes sembilan tahun yang tanpa pengakhirannya kerana ia terus “dikitar semula” oleh Pembangkang.
  2. Memandangkan ia adalah kes mahkamah yang berpanjangan, pihak yang membuat rayuan mempunyai masa yang mencukupi untuk memberi keterangan dan menceritakan segala-galanya kepada mahkamah. Jadi, mengapa kita perlu mendengar kepada individu-individu yang telah memberi keterangan dan didapati bersalah terhadap jenayah itu?
  3. Apa yang penting ialah penghakiman itu telah membawa keadilan kepada semua orang, yang paling penting buat keluarga mangsa, kepada tertuduh dan juga kepada saya.
  4. Saya telah banyak kali menyatakan bahawa saya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan isu ini, malah saya telah pun melafazkan sumpah Al-Quran di sebuah Masjid.
  5. Rakyat perlu mengambil kira bahawa dalam politik, banyak isu yang terus dimainkan, dan ini adalah satu daripadanya. Ia menjadi panas ketika saya merupakan bakal perdana menteri dan pembangkang memerlukan cara untuk menghalang saya daripada menyandang jawatan itu.
  6. Oleh kerana kedua-dua pengawal peribadi itu pernah bekerja untuk saya, dan Razak Baginda adalah rakan dan sekutu, mereka cuba untuk mengaitkan perkara itu dengan saya. Razak Baginda telah secara terbuka mengakui perhubungannya dengan Altantuya tetapi saya sama sekali tidak tahu mengenainya.
  7. Pakatan dan media mereka telah secara tidak bertanggungjawab cuba untuk memainkan perang saraf ini dengan cuba mengaitkan saya dan mempengaruhi persepsi.
  8. Malah, mereka sanggup melakukan teknik tindanan terhadap gambar saya makan malam dengan mangsa di sebuah restoran. Dalam era media sosial kini, perkara-perkara ini mudah menjadi viral tanpa kawalan, termasuk gambar yang ditindan itu.
  9. Tun Abdullah Ahmad Badawi, bekas perdana menteri, telah menerima laporan siasatan penuh daripada pihak polis dan secara peribadi telah mengesahkan bahawa saya tidak terlibat.
  10. Berikutan perkembangan di atas, adalah tidak adil untuk memaksa saya menyiasat kes ini lagi dan mendesak untuk tahu siapa, jika ada sesiapa, yang mengarahkan pembunuhan itu. Saya tidak terlibat dan tidak tahu apa-apa. Mahkamah telah memutuskan siapa yang bersalah bagi pembunuhan itu. Itu sepatutnya menjadi pengakhiran cerita ini.
  11. Saya merasa terganggu kerana isu ini dibangkitkan sekali lagi. Kita semua tahu bahawa jika pemimpin-pemimpin veteran berkeras membangkitkannya, walaupun secara sepintas lalu, ia secara automatik akan menyebabkan isu ini dibangkitkan sekali lagi.
  12. Individu-individu berpengaruh berkenaan mempunyai banyak sumber. Apabila isu ini meletus, saya percaya mereka masih dapat mengesahkan kesahihan tuduhan itu. Jika mereka percaya ini benar, mengapa mereka tidak membangkitkannya ketika isu itu tercetus 8 tahun lepas? Mengapa sekarang? Ada yang berkata bahawa mereka hanya mempersoalkan isu ini sekarang kerana ia telah bertukar menjadi suatu perkara berkaitan hidup dan mati orang yang telah disabitkan kesalahan itu. Tetapi kes ini telah dibicarakan di mahkamah, dengan keputusan yang jelas dan hukuman yang dikenakan. Adakah mereka mempertikaikan sistem kehakiman yang diwujudkan mereka?
  13. Walaupun perbincangan dan pertimbangan secara panjang lebar oleh mahkamah, masa yang mencukupi telah diberikan kepada pihak yang merayu supaya kes mereka didengar dan diadili, Sumpah Laknat saya (Bersumpah Al-Quran), penafian yang saya lakukan berulang kali, penjelasan umum oleh Razak Baginda, sesetengah orang terus mempersoalkan isu ini dan terus cuba untuk membabitkan saya.

2. Dakwaan bahawa media antarabangsa melabelkan Malaysia sebagai ‘Negara Paling Banyak Mengamalkan Rasuah’

  1. Saya sedar tentang komen itu. Bagaimanapun, tajuk itu diambil daripada kaji selidik berdasarkan persepsi. Kebanyakan kita lebih bergantung kepada ukuran empirikal yang digunakan kumpulan bebas yang boleh dipercayai. Satu daripada contohnya ialah Indeks Transparency International. Mengikut indeks itu, Malaysia kini menduduki tempat ke-50 daripada 175 negara, meningkat tiga takat daripada tahun sebelumnya. Sekiranya negara kita adalah yang paling kuat banyak mengamalkan rasuah, mengapa kedudukan kita begitu jauh daripada nombor 175?
  2. Saya sukar memahami mengapa seseoerang yang sebelum ini selalu mengkritik media antarabangsa sebagai bersikap berat sebelah, tiba-tiba kini mempercayai dan menerima hujah mereka sebagai sesuatu yang benar.
  3. Ingatkan pemimpin veteran ini pernah menyifatkan media barat sebagai ‘berat sebelah’ apabila ia menerangkan tentang pentadbiran mereka. Jadi, apabila media barat mengkritik pentadbiran itu, mereka dianggap berat sebelah, tetapi apabila mereka mengkritik pentadbiran saya, mereka tidak pula bersifat begitu? Nampaknya di sini, ada berat sebelah.
  4. Baru-baru ini, Transparency International mengulangi bahawa amalan rasuah di Malaysia adalah terkawal dan peningkatan pelaburan asing di negara ini menjadi buktinya. Indeks Kebebasan Ekonomi 2015 meletakkan Malaysia di tempat ke-31 sebagai ekonomi paling bebas daripada kalangan 178 negara, dengan mendapat 70.8 markah. Ini merupakan peningkatan 1.2 mata sejak tahun lepas, dengan adanya penambahbaikan dari segi kebebasan daripada rasuah, kebebasan berniaga dan kebebasan perdagangan mengatasi penurunan dari segi kebebasan tenaga kerja serta pengurusan perbelanjaan kerajaan.
  5. Bloomberg meletakkan kita di tempat kelima sebagai pasaran sedang muncul yang mempunyai masa depan paling cerah pada 2015 dan merupakan satu-satunya negara anggota ASEAN yang menduduki senarai 10 teratasnya.
  6. Bank Dunia menaikkan kedudukan kita daripada nombor 20 pada 2014 kepada nombor 18 pada 2015 dalam indeks ‘Ease of Doing Business’ mereka.
  7. Bagaimana kita boleh memperbaiki kedudukan dalam ranking dunia yang cukup berdaya saing itu sekiranya kita dikatakan begitu banyak mengamalkan rasuah seperti yang didakwa pihak tertentu?
  8. Isu yang ditimbulkan dalam Laporan Ketua Audit Negara memang perlu ditangani dan diselesaikan. Tetapi, apa yang penting di sini ialah kita mencatat kemajuan. Pada 2013, terdapat 418 perkara yang diketengahkan, tetapi pada 2014, jumlahnya menurun kepada 319. Kita berharap dapat terus mengurangkannya lagi pada tahun-tahun akan datang.

3. Tuduhan bahawa BR1M adalah Rasuah

  1. BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) adalah satu jaringan keselamatan sosial yang disyorkan oleh Jawatankuasa Fiskal Negara, yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari Unit Perancang Ekonomi (EPU), Bank Negara dan Kementerian Kewangan. Mereka kebanyakannya adalah pakar ekonomi, bukannya ahli politik. Jaringan keselamatan sosial sedemikian sedang dilaksanakan di banyak negara-negara lain. Sesetengah negara menggelarnya sebagai “manfaat pengangguran” yang menyasarkan kepada mereka yang menganggur. Bagaimanapun, BR1M menyasarkan mereka yang berpendapatan rendah. Kedua-duanya, pada dasarnya, adalah satu bentuk elaun keselamatan sosial kerana ia menyasarkan kumpulan rentan.
  2. Kita berhasrat untuk merasionalisasikan subsidi menyeluruh semasa kepada subsidi yang menyasarkan hanya untuk mereka yang memerlukan. Semua orang (termasuk yang kaya dan warga asing) mendapat manfaat daripada subsidi menyeluruh ini. Dengan menghapuskan subsidi menyeluruh, kita menjana penjimatan yang kemudiannya disalurkan kepada mereka yang berada dalam kumpulan berpendapatan rendah. Dan kita akan dapat memberi kumpulan yang layak ini lebih daripada apa yang mereka akan terima daripada skim subsidi menyeluruh. Oleh itu, BR1M perlu dilihat dalam konteks subsidi yang disasarkan, dan Jawatankuasa Fiskal percaya bahawa ia akan mengurangkan ketirisan dan meningkatkan kecekapan mekanisme subsidi.
  3. BR1M juga memberi ganti rugi kepada mereka yang memerlukan bagi sebarang perbelanjaan tambahan yang mungkin ditanggung akibat daripada GST. Sesetengah pihak mendakwa bahawa GST adalah cukai regresif kerana setiap orang termasuk golongan miskin adalah tertakluk kepadanya. Bagaimanapun, dengan adanya BR1M, GST bukan regresif kerana kumpulan berpendapatan rendah ini mendapat ganti rugi. Selain itu, sebahagian besar daripada hasil GST akan dibelanjakan untuk komuniti yang rentan ini.
  4. Beberapa ahli politik berkata walaupun adanya BR1M, rakyat “tidak bersyukur.” Ini adalah mengapa mereka percaya ia rasuah dan tidak berada di laman yang sama dengan Jawatankuasa Fiskal. Kami melihatnya sebagai satu langkah ekonomi, tetapi ahli-ahli politik melihatnya semata-mata dalam konteks politik. Untuk makluman anda, BR1M diberikan kepada semua orang tanpa mengira kecenderungan politik mereka. BR1M diberikan tanpa mengira bila pilihan raya diadakan. Nurani saya jelas. BR1M adalah satu langkah ekonomi, bukannya rasuah dan saya telah menyatakan sebab-sebabnya.
  5. Orang selalu berkata, “Berikan seseorang ikan dan kamu memberinya makan untuk sehari. Ajarkan seseorang memancing dan kamu memberinya makan buat selamanya.” Namun, dalam dunia sebenar, kita perlu melakukan kedua-duanya. Memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan dan pada masa yang sama, melabur dalam pendidikan/meningkatkan kemahiran/meningkatkan produktiviti. Kementerian Pendidikan menerima peruntukan terbesar daripada bajet kita. Selain itu, kita juga mewujudkan entiti seperti TERAJU, Tekun, Genovasi, Superb, MAGiC dan banyak program latihan kerajaan yang lain di bawah pelbagai kementerian.

4. Tuduhan terhadap 1MDB

  1. Adalah tidak adil bagi sesetengah ahli politik mensabitkan kerajaan dalam mahkamah pendapat awam sebelum fakta sebenar dikemukakan oleh pihak berkuasa yang sah iaitu Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang bersifat dwipartisan.
  2. Apabila kebimbangan disuarakan, saya mahukan penjelasan terperinci, jadi saya mengarahkan Ketua Audit Negara dan PAC menyiasat 1MDB. Sesiapa jua yang didapati bersalah menggelapkan wang atau melakukan penyelewengan, akan dihadapkan ke muka pengadilan.
  3. Kami menjangka laporan awal ketua Audit Negara akan dikeluarkan tidak lama lagi. Sementara itu, tolonglah, jangan buat spekulasi dan kesimpulan, tanpa menggunakan maklumat yang akan dibentangkan oleh Ketua Audit Negara, yang mengandungi laporan terperinci tentang kewangan 1MDB.
  4. Kita semua mahukan jawapan terperinci, tetapi sebelum itu, biarlah para juruaudit melaksanakan tugas mereka dan memaklumakan kepada kita secara jelas tentang keadaan sebenarnya. Jika kita terlebih dahulu menjatuhkan hukuman, maka kita akan mengganggu tugas mereka dan inilah yang dilakukan oleh banyak pihak. Ini bukanlah prosedur yang sewajarnya. Jika kita bersikap ikhlas untuk mencari kebenaran di sebalik dakwaan itu, kita perlu mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah (seperti Ketua Audit Negara) dan bukan daripada portal berita pihak ketiga atau blog dalam talian yang mungkin mempunyai agenda tersembunyi.

5. Tuduhan mengenai ‘Jambatan bengkok’ – Dakwaan: Kita tidak berani membina jambatan di atas tanah kita sendiri tanpa kelulusan daripada Singapura

  1. Jabatan Peguam Negara (AGC) kita telah menasihatkan kerajaan mengenai kesahihan sebarang pengubahsuaian kepada Tambak Johor di bawah undang-undang antarabangsa. AGC telah menasihatkan bahawa paip-paip dalam Tambak Johor adalah tertakluk kepada perjanjian air Johor-Singapura (1961, 1962), yang menggariskan bahawa paip-paip milik Lembaga Kemudahan Awam (PUB) Singapura, dan sebarang pengubahsuaian paip itu mesti diluluskan oleh PUB.
  2. Tiada persoalan sama ada kita mempunyai keberanian yang mencukupi untuk menentang Singapura. Jambatan itu tidak dibina kerana Malaysia komited untuk mematuhi semua perjanjian yang telah ditandatangani. Mana-mana jambatan sedemikian, jika dibina bagi menggantikan Tambak Johor tanpa kebenaran nyata daripada PUB Singapura, akan melanggar hak hartanah di bawah undang-undang antarabangsa.
  3. Kita telah meningkatkan hubungan dengan negara jiran selatan itu ke satu tahap di mana kami kini terlibat dalam projek dan usaha sama yang membawa kedudukan yang menguntungkan bagi kedua-dua buah negara. Untuk meningkatkan lagi perhubungan antara Malaysia dan Singapura, kami kini membina keretapi berkelajuan tinggi dan malah, mencetuskan idea jambatan persahabatan yang tidak akan melanggar undang-undang antarabangsa dan melihat kami membina sebuah jambatan yang dimahukan oleh kedua-dua negara.

6. Dakwaan: “Pencapaian Najib sebagai presiden UMNO lebih buruk berbanding Pak Lah”

  1. Pada pilihan raya umum lepas (PRU13), BN menang di 11 negeri berbanding 9 pada PRU sebelumnya. Kami mendapat balik Kedah, kekal di Terengganu dan mengukuhkan kedudukan kami di Perak.
  2. UMNO memenangi lebih banyak kerusi pada PRU13 berbanding pada PRU12.
  3. Untuk memulihkan BN sepenuhnya, saya memerlukan masa. Insha-Allah, kesan daripada Program Transformasi yang sudah membuahkan hasilnya, ia akan memberi jaminan kepada rakyat bahawa kerajaan BN mampu mengotakan janji-janjinya.

7. Dakwaan: (Najib) mengetepikan Unit Perancang Ekonomi (EPU), tubuh agensi baharu untuk merancang pembangunan negara.

  1. Saya menubuhkan Pemandu sebagai badan pemandu untuk menyelia program transformasi, yang bukan sahaja meliputi aspek ekonomi di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) tetapi juga aspek bukan ekonomi di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP), yang sudah tentulah tidak terletak di bawah bidang kuasa EPU kerana ia adalah sebuah badan ekonomi.
  2. Bercanggah dengan apa yang dikatakan sesetengah pihak, saya memberi kepercayaan yang amat tinggi kepada EPU kerana ia merupakan kunci bagi memastikan kejayaan ETP. Malah, saya melantik seorang daripada CEO paling berkebolehan di negara ini untuk menerajui EPU.

8. Dakwaan: Perkhidmatan, kepakaran dan pengalaman penjawat awam tidak lagi diperlukan

  1. Perkhidmatan awam sentiasa dan akan terus menjadi paksi bagi pentadbiran dan operasi negara ini. Perkhidmatan awamlah yang melaksanakan urusan harian negara ini. Mereka memainkan peranan penting dalam sistem kita. Hanya kerana beberapa individu dan pihak dilantik untuk membantu, ia tidak bermakna pengalaman mereka tidak lagi diperlukan.
  2. Ternyata ia merupakan komen yang tidak adil dan tiada objektif. Membantu, YA, mengambil alih, TIDAK. Banyak program telah dilaksanakan untuk terus memperkasakan panjawat awam, meningkatkan sinergi dan kualiti penyampaian kepada rakyat, yang dapat dilihat melalui inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan.

9. Dakwaan: Untuk mendapatkan kembali sokongan orang Cina dan India, Najib mengetepikan tindakan afirmatif

  1. Ini tidak tepat sama sekali. Saya sentiasa memberi keutamaan terhadap kemajuan Bumiputera dan di bawah pentadbiran saya, saya telah mewujudkan Program Pemerkasaan Bumiputera yang ditadbir oleh TERAJU bagi memastikan Agenda Memperkasakan Ekonomi Bumiputera menjadi agenda nasional untuk dilaksanakan dengan berkesan. Sehingga hari ini, TERAJU telah menyediakan peluang perniagaan, pembiayaan perniagaan, pembangunan modal insan, pelaburan swasta dan mewujudkan ekuiti melebihi RM47.95 bilion.
  2. Baru-baru ini, Majlis Ekonomi Bumiputera mengesahkan sejumlah 99 Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang akan digunakan pada tahun ini dalam kesemua 23 kementerian dan Jabatan Perdana Menteri untuk membantu Bumiputera. Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) termasuk Petronas mempunyai kuota khas kontrak untuk Bumiputera. Setiap GLC juga tertakluk kepada satu program pembangunan untuk kontraktor Bumiputera bagi memberi peluang kepada kontraktor Bumiputera yang berkelayakan. Lebih banyak biasiswa diberi kepada Bumiputera di bawah badan berkaitan kerajaan. Geran Superb disediakan untuk melahirkan lebih banyak usahawan Bumiputera. Ekuinas pula dibentuk untuk meningkatkan nilai pegangan Bumiputera dan sehingga 2014, ia telah mencapai objektifnya untuk mewujudkan RM4.2 bilion nilai ekuiti Bumiputera bagi syarikat portfolionya.
  3. Di samping itu, UiTM kini diperluaskan untuk menambah tempat daripada 174,875 pada 2011 kepada 250,000 menjelang 2020. UiTM juga telah mewujudkan program ‘Mengubah Destini Anak Bangsa’, di mana ia masuk ke kawasan pedalaman bagi membantu belia Bumiputera yang tidak mendapat manfaat dari segi pendidikan, anak yatim dan golongan miskin. Kini, mereka boleh belajar di UiTM dan langkah ini membantu mengubah sepenuhnya masa depan mereka. Sebanyak 5,000 tempat diberikan pada setiap semester. Terdapat lebih banyak lagi contoh konkrit dalam kad laporan TERAJU.
  4. Oleh itu, secara ringkasnya, untuk mengatakan saya mengetepikan tindakan afirmatif, adalah karut.
  5. Sebagai perdana menteri, saya juga memberi banyak sokongan kepada orang Cina dan India dan semua komuniti lain yang menjadikan negara kita ini hebat. Namun demikian, ia bukan dilakukan dengan mengabaikan Bumiputera. Fokus utama saya ialah untuk meningkatkan carta pai ekonomi agar lebih banyak dapat diberi kepada SEMUA kaum. Selagi saya dapat memastikan wujudnya pertumbuhan ekonomi, maka akan ada mobiliti sosial, dan semua kaum akan dapat mendaki tangga ekonomi yang lebih tinggi.

10. Dakwaan bahawa BN akan tewas pada Pilihan Raya Umum akan datang

  1. Jika saya mendapat sokongan yang saya perlukan untuk meneruskan program transformasi, kita akan berjaya. Jika kita bersatu dan menghentikan perbalahan dalaman, kita akan berjaya. Jika kita memberi tumpuan kepada politik membina dan bukannya politik yang merosakkan, kita akan berjaya. Jika kita memberi tumpuan kepada kerja dan bukannya mempercayai dan menyebarkan khabar angin, putar belit dan perkara separuh benar, kita akan berjaya.
  2. Satu rancangan yang jelas telah pun digerakkan. Kita mula menyaksikan hasil usaha kita. KDNK kita meningkat kira-kira 5-6 peratus sejak saya mengambil alih (jawatan) dan kita juga berada di landasan baik untuk mencapai ekonomi maju menjelang 2020.
  3. Kita berdepan halangan pada masa ini disebabkan oleh kejatuhan harga minyak mentah yang melemahkan nilai Ringgit. Faktor-faktor ini adalah di luar kawalan kita. Namun begitu, kita dapat bertahan kerana asas kita kukuh, rizab terkumpul dalam tahun-tahun sebelum ini serta aliran pendapatan yang pelbagai berbanding penggantungan kepada minyak. Kita juga telah mencapai skor bebas terbaik yang pernah dicatatkan mengenai rasuah dalam tempoh 10 tahun lepas berdasarkan Indeks Transparency International. Pentadbiran saya telah menyaksi Pelaburan Langsung Asing yang paling tertinggi setakat ini. Nisbah hutang kepada KDNK kita menyusut dalam pertumbuhan dan defisit bajet kita semakin berkurangan dari tahun ke tahun. Selain itu, kita mencapai tahap tertinggi dalam indeks ekonomi paling berdaya saing WEF, yang mengatasi Australia, Perancis, Austria dan Korea Selatan. Kita mencapai tahap paling tinggi dalam indeks kemudahan menjalankan perniagaan Bank Dunia. Ketiga-tiga agensi penarafan kredit utama telah mengekalkan gred pelaburan yang baik untuk Malaysia. Kita terus mempunyai lebihan dalam perdagangan. Penjagaan kesihatan kita diiktiraf sebagai antara yang terbaik dan paling berpatutan di rantau ini.
  4. Kunci kepada beberapa rumah mampu milik PR1MA telah diserahkan dan semakin banyak lagi akan menyusul. Jambatan Pulau Pinang kedua sudah siap, Fasa 1 MRT hampir 60 peratus siap, ekonomi telah membuka peluang 1.5 juta pekerjaan baharu dalam 5 tahun lepas dan menjadikan kadar pengangguran kita yang paling rendah di dunia serta koridor ekonomi seperti Iskandar Malaysia menyaksikan infrastruktur, rumah, kilang dan kawasan komuniti maju sedang dibina. Greater KL telah pun dimulakan, dengan lebih banyak kawasan perbandaran sedang dibangunkan selain rumah-rumah dibina, Fasa 1 Bas Rapid Transit akan siap pada pertengahan tahun dengan lebuh raya Pan Borneo akhirnya dilaksanakan dan bakal menjadi pemangkin ekonomi utama di Sabah dan Sarawak seperti lebuh raya PLUS untuk Semenanjung. Projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) sedang dijalankan. Ini semua adalah projek, inisiatif dan usaha yang dijalankan pentadbiran saya untuk membangunkan negara ini. Seperti yang anda lihat, ini adalah hasil Program Transformasi yang dilancarkan 5 tahun lepas. Ia akhirnya berlaku dan saya amat teruja bahawa kita mula melihat impaknya. Inilah yang benar-benar penting buat rakyat.
  5. Penambahbaikan sedang berlaku di depan mata kita. Tetapi saya tahu bahawa ramai akan melihat kepada yang buruk dan terus bercakap mengenai khabar angin, perkara separuh benar dan putar belit yang tidak berkesudahan. Mereka terus percaya bahawa ‘akhir amat dekat’ dan bahawa pembangkang akan menang. Ia merupakan dakwaan yang dibuat berulang-ulang kali dalam tempoh lima dekad yang lalu, namun kita masih di sini.
  6. Walaupun semua orang bebas untuk mengkritik saya dan menyenaraikan semua ‘kegagalan’ saya, ia juga penting untuk menyedari sejauh mana pencapaian kita dalam tempoh enam tahun lepas, dalam usaha memberikan pandangan yang adil mengenai sesuatu.

11. Dakwaan bahawa 1Malaysia sama dengan Malaysian Malaysia

  1. 1Malaysia merupakan suatu usaha untuk mewujudkan perpaduan. Perbezaan paling utama dengan konsep Malaysian Malaysia ialah 1Malaysia jelas menerima Perlembagaan Malaysia secara keseluruhannya, terutama semua peruntukan yang terkandung dalam Perkara 153.
  2. Malaysian Malaysia pada mulanya adalah suatu konsep yang bercanggah dengan Perkara 153 dan kemudiannya bersifat amat taksa. Kalaulah 1Malaysia benar-benar sama dengan Malaysian Malaysia, tentu sekali tidak akan ada Majlis Permerkasaan Bumiputera, TERAJU dan lain-lain lagi. Kalaulah 1Malaysia benar-benar sama dengan Malaysian Malaysia, tentulah tidak akan ada Model Baharu Ekonomi (MBE), satu rangka kerja untuk meningkatkan sifat ekslusif dalam ekonomi dan pada masa sama, memperkasakan masyarakat Bumiputera agar mereka menjadi lebih berdaya saing.
  3. Mengatakan bahawa 1Malaysia adalah sama dengan Malaysian Malaysia merupakan suatu perbuatan memutarbelitkan realiti, dengan niat yang tidak lain dan tidak bukan iaitu untuk menipu orang Melayu.

12. Dakwaan bahawa Jenayah meningkat sejak ISA dihapuskan

  1. Dakwaan ini adalah tidak benar. Pada tahun lepas sahaja, polis berjaya mengurangkan kadar jenayah di negara ini sebanyak 12.6 peratus. Jenayah ganas di negara ini juga menurun sebanyak 13.4 peratus. Polis DiRaja Malaysia telah bekerja keras untuk memastikan semua rakyat Malaysia selamat daripada segala bentuk jenayah dan keganasan.
  2. Sebenarnya, seramai 8,868 individu telah ditahan dan sebanyak 280 senjata dirampas dalam Ops Cantas Khas yang diadakan baru-baru ini. Ketika ISA mula dilaksanakan, tujuannya hanyalah untuk memerangi kebangkitan komunis dan oleh itu, ia tidak lagi relevan pada masa kini.
  3. Untuk memastikan ekstremis keganasan tidak mempunyai tempat di Malaysia, kerajaan memperkenalkan Akta Pencegahan Keganasan 2015 yang diluluskan Parlimen. Akta baharu ini akan memerangi cabaran baharu termasuk kebangkitan kumpulan militan yang menggelarkan diri mereka sebagai Islamic State dan ia tidak akan digunakan bagi tujuan politik. Hanya mereka yang ingin melakukan keganasan ekstremis boleh ditahan di bawah Akta baharu ini.

13. Tuduhan mengenai pesawat kerajaan

  1. Adalah menjadi amalan standard di seluruh dunia bagi kebanyakan pemimpin menggunakan jet rasmi, bukan untuk kemewahan, tetapi sebagai kecekapan dalam menjalankan tugas mereka. Hiasan dalaman pesawat dikonfigurasikan supaya mesyuarat dan perbincangan boleh diadakan dalam pesawat dan tugas negara boleh diteruskan walaupun semasa penerbangan. Oleh itu, tidak timbul persoalan sama ada atau tidak sesebuah negara harus mempunyai sebuah jet rasmi.
  2. Kita tidak boleh terpengaruh dengan propaganda pembangkang bahawa kerajaan telah membazirkan wang membeli jet baharu. Apa yang mereka gagal jelaskan adalah jet itu dibeli untuk menggantikan pesawat berusia 16 tahun, yang berbahaya dari segi keselamatan. Selain itu, ia juga adalah pesawat rasmi yang digunakan oleh Yang Di-Pertuan Agong, yang merupakan sebab mengapa kita tidak boleh berkompromi mengenai jaminan keselamatan. Kos penyenggaraan pesawat lama adalah tinggi. Oleh itu, pesawat lama akan dilupuskan dan wang yang diperoleh kerajaan daripada penjualannya akan digunakan untuk mengurangkan kos pembayaran pesawat baharu.

14. Criticism of GST

  1. I understand that some concerns have been expressed around the introduction of the GST. However, as Prime Minister, it is my responsibility to make the right decisions for all Malaysians, even if it can seem difficult at the time.
  2. At the moment, only 1 in 10 Malaysians pays personal income tax, and it is important that we broaden our tax base for the long term good of the economy
  3. Furthermore, it is important to note that 23% of the government’s revenue currently comes from oil and gas. As we have seen from the recent steep fall in global oil prices, Malaysia cannot sustain its growth and development based on this revenue stream alone. This is why we announced a reform of the tax system, with the Goods and Services Tax replacing the Sales and Services Tax.
  4. The introduction of the GST will help us build a stronger, more sustainable and transparent economy: it will help reduce our deficit, help us invest in our future, and help drive forward our national development.
  5. Unfortunately, rather than seeking to understand the economic rationale and the long-term benefit this will bring to the rakyat, some politicians have been attacking the introduction of GST, portraying this as an unusual and unnecessary measure for a country of Malaysia’s size.
  6. However, GST is not a new phenomenon. More than 160 countries have already implemented this and in ASEAN, our neighbourhood, we are the 8th country to introduce the tax. Furthermore, Malaysia’s 6% rate is actually one of the lowest in the world. By contrast; the Philippines, Cambodia, Vietnam, Laos and Indonesia all have a 10% GST rate.
  7. Having said that; I have been made aware that some unscrupulous businesses, both big and small, are trying to take advantage of the introduction of GST to increase prices above the 6% rate. This is completely unacceptable.
  8. I have instructed the relevant departments to step up their enforcement efforts to ensure that any increases introduced by shopkeepers and business owners are in line with the 6% GST rate, and that any abuses of this system which negatively harm the consumer are brought to a halt.

15. Tun Mahathir’s allegations

  1. I accept criticism with an open mind and will continue to address legitimate concerns and feedback.
  2. We must also always respect our elders who have done a lot for Malaysia. However, I know many believe that it is time they let the next generation run the country, and this includes overcoming problems and challenges on our own.
  3. Malaysia is a democracy. I was elected by UMNO, and by the people of this country, to lead them. Therefore, I have their mandate and I am answerable to the party and the people, not to any one individual. At the next general election and party election, the party and the rakyat can exercise their democratic rights through the ballot box.
  4. Furthermore, many of Tun’s criticisms are unfair or misleading:
    • He is opposed to the implementation of GST, although all credible economists believe that broadening our tax base is the right thing to do. The revenue will be used for the welfare of the rakyat. Indeed, the idea was first mooted during his administration.
    • Tun has echoed malicious opposition rumours concerning my wife and family. For example, in a recent speech in Ipoh, he cited a fictitious statement that the opposition has been peddling through the use of a doctored Utusan article. Also, he regurgitated a false smear started by the opposition at the time of the last general election that my wife owned a RM24 million ring. It is a lie, and the company that owned the ring clarified in detail at the time that such a ring was never bought by Rosmah. It is regrettable that someone of Tun’s stature should pass on such slander to the people.
    • He also echoed the opposition in raising the purchase of the replacement government jet, claiming that the Yang Di-Pertuan Agong does not use the jet, calling me a liar. But again this is false – His Majesty was in fact the first VIP passenger to use the newly arrived aircraft for a trip to Langkawi, and will continue to do so.
    • Tun has used the financial challenges facing 1MDB as an excuse to attack me. It is true that 1MDB is facing challenges, but not at the level being alleged.
      Indeed, some of the allegations that have been made have no grounding in reality, for instance Tun’s claim that I am responsible for a loss of RM42 billon on 1MDB’s balance sheet. This appears to be a deliberate twisting of the facts as 1MDB has not made a loss of this amount. This is the amount of its total debt; debt that is far exceeded by the company’s assets of RM51 billion, as audited and confirmed by Deloitte. Most large companies around the world have high levels of debt, there is nothing unusual about this.
      He also claimed that I do not answer issues surrounding 1MDB, but I have gone beyond that – and instructed the Auditor General to conduct an audit of 1MDB, the results of which will be presented to the bipartisan Public Accounts Committee. This should ensure that the process is transparent, and all questions that have been asked of the company are independently answered by legitimate bodies rather than politically motivated sources.
    • Tun often claims that he is doing something because of what people tell him when they come to see him. However, he should check whether such hearsay and claims have any evidence and truth before airing them. He knows well that many allegations were made about what happened under his administration. And always Tun’s answer was: “Where is the proof?” He should be applying the same test to what he hears.
    • Although much has been achieved in the first six years of my administration, all of the progress that our country and BN has made are being ignored in favour of baseless allegations and lies started by the opposition. Much of what Tun has said lacks objectivity and is downright wrong. The question should be asked – what is Tun’s motivation in choosing this moment to regurgitate smears manufactured by the very opposition groups that he previously denounced as liars?
    • During his 22 years in power, Tun had always insisted on party members supporting the leadership, especially during challenging times. We did our part then, and I supported him through thick and thin. I did so because I believed then, as I do now, that party unity is a prerequisite for what we want to achieve for the country. The vast majority of UMNO members still recognize that real loyalty means working together to build the party for the good of the rakyat.
      It is wrong for Tun and any party members to undermine today’s party leadership just because their personal wishes are not met. The interests of the people and the party are far more important than any one individual.
    • I was democratically elected by both the party and the people, and, as I have the mandate, will complete my term as party President and Prime Minister. My priority is to ensure that we achieve Vision 2020 and the economic, governmental and political transformation that will benefit all Malaysians.

16. Official jet – Claim: “This country is being attacked repeatedly by terrorists who killed our police and soldiers. Is this the normal state of things or is this a security problem? If we care for security do we buy luxury private jets.”

  1. The security of Sabah has nothing to do with the purchase of an official jet. No funds meant for the security of Sabah have been diverted or reduced in order to purchase the government jet so the logic is quite mystifying.
  2. The security of this country is of paramount importance to me. Because “we care for security,” the government establishedESSCOM to secure the boundaries of Sabah. We have deployed a total of five battalions comprising of police and military troops to secure eastern Sabah. ESSCOM is made up of two components. The first component deals with security and defence management while the second component handles enforcement and public action. The security and defence management component pools the resources of the various security agencies so as to improve its operational effectiveness while the enforcement and public action component ensures compliance with immigration regulations, the monitoring of controlled goods and issues affecting the daily lives of residents in the area.
  3. ESSCOM ensures security for ESSZone which comprises 10 districts in eastern Sabah, namely Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna and Tawau.
  4. Although ESSCOM has been able to prevent fresh intrusions, abductions remain an ongoing security threat. The situation remains complex due to the nature of the insurgency in the Southern Philippines and our vast maritime border. The government has increased patrols and operations across the region and we will continue to do so. Such abductions have been occurring for decades but not much had been done previously. As such, this was the security situation that I inherited and which the terrorists chose to exploit. The Lahad Datu raids showed just how fragile our security can be and this government is committed to preventing this happening again. We are also forever indebted to all those who had sacrificed their lives in order to defend and protect our sovereignty.

17. Claim: That 1MDB, with knowledge of its advisers, were involved with money laundering

  1. The accusation by certain parties that wrong doing has occurred is for the Auditor General and PAC to address in their comprehensive reports.
  2. At the same time, I want to be very clear that should anyone be found guilty of any wrong doing, they will be brought to justice and the law will be enforced without exception.

18. Claim: ‘Asking people not to ask any questions until the Auditor General reports is silly’

  1. Given how sensational and politicised the 1MDB issue has become following various ‘exposes’ and ‘revelations’ on certain suspect websites and third party news portals as well as attacks from veteran politicians, it is almost impossible for the management of 1MDB or anyone else to explain various parts of the issue without seeing their statements being spun, twisted and exaggerated by parties with ulterior motives. That is why a full accounting of the facts by lawful authorities are needed so that there can be no misinterpretation or spin.
  2. Allowing the PAC and AG to present the facts in full will put us all in a better position to determine what transpired. The Auditor-General has a reputation of being uncompromising when reporting about the weaknesses in public finances. The PAC consists of lawmakers from both the government and the Opposition.
  3. Thus, it is ironic that some claim that the Auditor General will reveal nothing when it is generally known that his job is to disclose a true and fair view of a ministry’s or company’s finances. In any case, the PAC has a much wider scope and has already begun their probe.
  4. Some individuals are also unsatisfied that it will take time to produce the findings. If the objective is to really find out the truth about 1MDB rather than trying to oust the current leadership, then the auditors should be given the necessary time to come out with the results.
  5. There is no proof that anyone has been ‘robbed,’ only allegations. Does that mean we should spread rumours and speculation and move to oust the country’s leaders if instant answers are not provided, rather than getting a true account of what has transpired?
  6. I also want answers quickly but if we don’t allow the authorities to provide us with the information in a proper and legal manner, how can the government take action against anyone who is found guilty? Is the government supposed to base its actions and prosecutions on wild allegations and tabloid exposes? Now that would be silly.

19. Claim: “With better financial management the GST need not be imposed on the people. By introducing the GST, Government is actually asking the people, including those who are not in the income tax bracket to bail out failed Government ventures.”

  1. The government continuously improves financial management:
    1. Improving the efficiency of GLCs and maximising returns. The GLCs have made more returns and grown in value more than ever before, with increased transparency, accountability and competitiveness under the GLC Transformation Programme.
    2. This administration has increased the importance and freedom given to the Auditor General to audit the National Finances to report on all leakages. As mentioned in 2(h), the number of issues highlighted by the AG has reduced steadily over the years and I intend to improve on this further.
    3. Malaysia remains one of the world’s most competitive countries, according to the WEF’s competitive index.
    4. We have also introduced 11-cost cutting measures earlier last year in the public sector.
  2. Tun’s argument that GST bails out unsuccessful government ventures sounds convenient. But Tun deliberately omitted the fact that there have also been many more successful GLC ventures. For example, our G20 GLCs have had a total shareholder return of 12.6% per annum (p.a.) from 2004 to 2015, beating the KLCI’s 12.2% p.a. Market capitalisation also grew 3.2 times (RM133.8bn in 2004 to RM431.1bn in 2015.) Total net profit increased from RM9.9 bn to RM26.2 bn from 2004 to 2015.
  3. While we try our best to maximise the potential of all ventures in the country (both government-linked and private,) it is impossible to be successful all the time. Regardless, the majority of these ventures are successful and this tends to offset the less successful ones. Hence, the issue of using GST revenues to bail out failed ventures does not arise.
  4. To say that those who are not in the income tax bracket are bailing out the government is nothing short of twisting facts. This is because the bulk of government assistance goes to this particular group. They are even compensated in the form of BR1M. In the 11th Malaysia Plan, we are allocating RM 5,000-10,000 per house in rural areas for repairs. In the plan, we are also giving extra focus to the bottom 40% by moving to increase their household income to RM5,000 by 2020. We have also implemented the 1Azam poverty eradication programme. Students will also continue to get book vouchers and education subsidies. There are many, many more government schemes and initiatives for the non income tax paying group.
  5. And this is where the bulk of GST funds will go. It will not go to bailing out the government. It is unfortunate that Tun has chosen to ignore these very significant forms of assistance, well aware that by omitting these, the rakyat will be led to think that GST funds go to bailing out the government. I have promised to disclose how the GST revenue will be spent in the upcoming Budget.
  6. GST is not to bail out the government. It is a worldwide tax system, which is more transparent and systematic than SST, as mentioned in 14. A change from the SST to the GST system is inevitable and it has been delayed since Tun’s time. Even if it does not happen now, it will still have to happen eventually.
  7. The replacement tax will serve to broaden our revenue stream to avoid a high reliance on oil revenues. Had GST not been imposed, the fall in oil price recently could have sent us into an economic crisis. But because Malaysia now has a more diverse revenue stream and strong fundamentals, the business community and foreign investors remained optimistic.

20. Claim: Giving out money to all and sundry may be popular…It is far better to educate and train people for higher-paying jobs when incomes would increase substantially in return for work done.

  1. Education does increase productivity but BR1M is also needed as I have explained in 3(e).
  2. All of our economic measures in the past, current and future including the 11th Malaysia Plan are about increasing productivity through increased education. Under our programmes, we will train more skilled labour, increasing the proportion of workers with a tertiary education in our labour force.
  3. I do hope Tun stops insinuating that we do not sponsor training for people so they can get higher-paying jobs. We spend huge sums on such training and education.
  4. While education is key to productivity, I believe we also need to provide a social security net. BR1M is a form of targeted subsidy and an economic measure. This economic measure will continue until we are able to develop a better form of targeted subsidy.

21. Claim: “So what is wrong with asking the current PM to step down. He has obviously made a bigger mess of the country than the previous PM.”

  1. This is Tun’s personal opinion. It is unfortunate the Tun chooses to ignore all that this government has achieved under the various transformation programmes and the economic growth trajectory that Insha-Allah, will help us become a high income nation by 2020.
  2. The ‘mess’ that Tun refers to, is largely of his own making as a result of his attacks and his echoing of Opposition lies and slander. These allegations have been amplified through the internet. This was something that Tun did not have to face when he was PM. Any controversy that arose over his or his government’s actions would take days if not weeks to develop. Tun did not have to face endless allegations that are recycled over and over and shared at lightning speed. The word “viral” was almost non-existent during his administration.
  3. Tun has clearly been taken in by the democratisation of information on social media, where all information no matter how untrue is treated as the truth. Today, online media with hidden agendas spin headlines and upload bold-faced lies that get shared and spread by the minute, and which perpetuates the perception that they must be true. Just because a lie is spread a thousand times does not make it true. With such an onslaught online, its not surprising that Tun thinks there is a bigger ‘mess’ today.
  4. It is true that this administration, just like any other, is not without challenges. But the government’s track record in the last six years shows that we are making things better for all Malaysians and we will continue to deliver on our promises to transform the economy, government and the country as we reach Vision 2020. We must keep the faith and work towards this rather than fight among ourselves. Let us work together to make Malaysia the best that it can be!

22. Claim: “An elected leader is not impervious to removal before his term is out. The previous PM was also elected, in fact with a bigger majority. But he was persuaded to step down by the current PM.”

  1. Even if I step down, Tun will continue to intervene in the country’s administration. He can say he is simply exercising his democratic rights as a citizen, but this is Tun Mahathir. People tend to believe whatever he says, even if it is not entirely accurate. It has a significant effect on public perception, as he is not just any ordinary citizen.
  2. There are reasons why most former heads of state across the world do not intervene in the work of current administrations, because whatever they say can easily affect the system. Tun did many noble and great things as PM but he is no longer running the administration.
  3. Tun is a veteran politician and a master of public perception. He understand that political statements are not entirely about the truth but about what the people will believe in the court of public opinion. This is why he continues to make insinuations, speaking half-truths, cracking misleading jokes and twisting statements to make his views exciting and palatable.
  4. He stated in his articles that 1MDB had a debt of RM42 billion. Then out of the blue, he claimed that the RM42 billion had disappeared, in his article “Supporting Najib”, where he stated: “I would like to ask the supporters whether their support means the disappearance of 42 billion Ringgit is okay…” clearly suggesting that the money was missing. If Tun makes such an allegation, people will believe it. So, many on social media began asking “where is the missing RM42 billion?” Was there a debt of RM42 billion? Yes. Was the money missing? No. But the Spin had begun!
  5. I urge UMNO and BN members along with all Malaysians not to be taken in every time Tun attacks. Take a step back and analyse the facts. We have done so much in the last six years (see10(c) and (d)) but Tun ignores these and only highlights allegations and problems as he knows that is how to influence the people’s mind against the current government and me.