4 Jun, 2015

‘Besindi Bersama, Segulai Sejalai, Peji Peju Pejoh’


Tema sambutan Gawai Dayak pada tahun ini adalah ‘Besindi Bersama, Segulai Sejalai, Peji Peju Pejoh’ yang membawa maksud perpaduan dalam bahasa Bidayuh, Iban dan Orang Ulu. Bagi saya, tema ini amat tepat kerana Sarawak adalah model perpaduan dengan begitu banyak suku kaum yang hidup bersama secara harmoni di bawah payung 1Malaysia.

Ketika Majlis Makan Malam Gawai Dayak di Kuching semalam, saya beri jaminan akan membantu Sarawak untuk berjaya dalam Malaysia. Kita ingin memastikan pembangunan Sarawak seimbang dengan Semenanjung. Meskipun ia akan ambil masa dan memakan belanja besar, tetapi jika mengurus negara dengan baik, kita boleh mendapat hasil dan hasil tambahan akan diagihkan secara seimbang.

Pembangunan luar bandar perlu diberi keutamaan seperti disebut dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11). dan adalah menjadi tugas saya untuk melihat keadilan sosial di Malaysia dengan memastikan tiada satu wilayah jauh lebih ke hadapan berbanding yang lain.

Saya turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Sarawak amnya dan Ketua Menteri khususnya yang menunjukkan sokongan tidak berbelah-bahagi dan tanpa syarat. Bukan hanya menunjukkan sokongan semasa senang, malah semasa susah. Saya tahu saya tidak keseorangan dengan sokongan penuh rakyat Sarawak.

FB1

FB2

FB3