20 Disember, 2018

Harga minyak jatuh lagi ke US$56 satu tong


Melalui perbahasan saya di Dewan Rakyat, saya pernah menggesa Menteri Kewangan agar tidak beri andaian harga minyak Brent pada tahap US$72 sebagai unjuran belanjawan 2019 kerana harga minyak adalah tidak menentu dan di luar kawalan kita.

Jika harga minyak jauh lebih rendah dari andaian itu maka belanjawan untuk tahun depan tidak tepat lagi, tidak relevan dan tak boleh digunapakai.

Untuk belanjawan 2018, saya guna andaian harga minyak pada US$52 satu tong sahaja. Kita patut membuat andaian pada harga lebih konservatif dan bukan pada “best case scenario” atau bahasa mudah, ikut suka kita.

Selepas unjuran diumumkan di Belanjawan 2019 itu, harga minyak Brent jatuh ke tahap US$65 tetapi Guan Eng kata tidak perlu untuk mengira semula belanjawan 2019.

Minggu ini, harga minyak Brent dunia jatuh lagi ke US$56 satu tong – jauh berbeza dengan andaian US$72 satu tong dalam belanjawan 2019.

Adakah Guan Eng akan terus berdegil?

Baca seterusnya untuk memahami apa implikasi kepada belanjawan negara jika andaian asas telah lari jauh dari sasaran.