14 Disember, 2014

Kunjungan Adik Adam Akbar Ali


Dua tahun lalu, saya menerima kunjungan adik Adam Akbar Ali yang mengidap penyakit tumor saraf tunjang sebelum beliau berlepas ke Amerika Syarikat untuk pembedahan di Hospital Johns Hopkins. Ketika itu adik Adam berumur 10 tahun, dan antara harapan beliau sebelum menjalani pembedahan adalah bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia.

Hari ini saya amat gembira dapat sekali lagi berjumpa dengan adik Adam Akbar yang telah selamat menjalani pembedahan dan kelihatan lebih sihat, Alhamdulillah. Adik Adam Akbar memberitahu saya bahawa antara persamaan kami berdua adalah, seperti saya, dia juga menyokong pasukan Manchester United. Selain itu, saya juga berasa amat bangga dengan Adam Akbar yang berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR meskipun menjalani pembedahan besar. Semoga adik Adam Akbar akan mendapat kesihatan berpanjangan dan terus berjaya dalam hidup, Insya-Allah.


Facebook adam

Shares Share Kategori : Blog, Komuniti