Manifesto pilihanraya adalah janji kepada rakyat yang harus ditunaikan
BN merancang manifesto PRU14 lalu dengan penuh teliti, memasukkan angka dan meneliti semula berkali-kali kerana saya mahu memastikan setiap janji yang dibuat dapat dilaksanakan
Mungkin kami terlalu teliti dengan menjanjikan apa yang boleh dan mampu laksanakan?
Adakah saya akan melakukannya dengan cara berbeza? Tidak.
Bagaimanapun, adalah hasrat pembangkang dan diri saya sendiri untuk bercakap mewakili rakyat, mendesak Pakatan Harapan untuk menunaikan segala janji manifesto mereka kerana janji tetap janji, dan perlu dilaksanakan.
Adalah sesuatu yang tidak betul dan adil apabila parti politik boleh mendapat kuasa dengan menipu rakyat.
Rakyat tidak seharusnya tertipu dan dengan mudah menerima apa jua alasan diberikan kerajaan Pakatan Harapan bagi tempoh lima tahun akan datang ini.