1 Jun, 2015

Pelancaran Sistem Bas Rapid Transit Pertama Malaysia


Petang tadi, saya telah merasmikan Majlis Pelancaran Sistem Bas Rapid Transit yang pertama di Malaysia iaitu Bas Rapid Transit-Laluan Sunway.

Sistem BRT-Laluan Sunway ini yang meliputi kawasan penempatan perumahan dan komersial di sekitar Bandar Sunway dan Subang Jaya akan membantu meringankan masalah kesesakan lalu lintas yang dihadapi oleh masyarakat di kawasan ini.

Insya-Allah, sistem ini yang dilaksanakan di bawah Kerjasama Awam-Swasta (Public-Private Partnership) akan diperluaskan lagi terutamanya di kawasan-kawasan padat di Lembah Klang pada masa akan datang.

Kerajaan kekal komited untuk terus menyediakan sistem pengangkutan awam yang cekap supaya semua lapisan masyarakat mendapat akses bagi memperluas aktiviti mencari pekerjaan, beriadah dan merapatkan jalinan hubungan

FB1

FB2

FB3

FB4