12 Mei, 2018

Peletakan Jawatan Sebagai Presiden UMNO Dan Pengerusi Barisan Nasional


Saya telah mempengerusikan mesyuarat Biro Politik UMNO pada petang tadi.

Saya menghormati keputusan rakyat dan juga pandangan ahli-ahli UMNO dan Barisan Nasional .

Sesungguhnya parti UMNO adalah parti keramat yang kita wajar tetap perkukuhkan bagi menghadapi rakyat dan cabaran yang akan datang.

Besar jasa dan pengorbanan parti kita kepada semua – biarpun kepada ahli dan rakyat Malaysia.

Parti inilah telah banyak menyumbang kepada pembangunan negara.

Scenario politik yang kita hadapi pada hari ini sudah tentu perlu ditangani dengan serta merta dan saya bertanggungjawab sepenuhnya kepada pencapaian BN dalam PRU14.

Bagi membolehkan UMNO dan BN bangkit semula, saya telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional dengan serta merta agar proses pemulihan boleh dilaksanakan oleh kepimpinan baru.