9 Oktober, 2014

Penelitian Terakhir sebelum Pembentangan


Proses penyediaan #Bajet2015 adalah sebuah proses panjang yang melibatkan ramai kumpulan berkepentingan, termasuk rakyat Malaysia yang telah menyumbang idea dan pendapat melalui 1Malaysia.com.my dan laman media sosial saya. Di peringkat akhir, saya meneliti dan memperkemaskan ucapan #Bajet2015 yang akan saya bentangkan esok, Insya-Allah. Selepas Isya’ saya akan ke pejabat saya di Kementerian Kewangan untuk membuat tinjauan akhir penyediaan Bajet. Terus ikuti laman Facebook saya bagi mendapat perkembangan terkini berkaitan #Bajet2015.
FACEBOOK

Shares Share Kategori : Bajet2015, Blog