1 Mei, 2014

Pergerakan Kesederhanaan Global


global-leadership-gmm

Kali pertama saya mencadangkan idea bagi pergerakan ini adalah sewaktu ucapan sulung saya pada sesi ke-65 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York pada September 2010. Saya telah menggesa kerajaan-kerajaan, pemimpin-pemimpin agama, golongan cendekiawan dan pemimpin perniagaan di seluruh dunia untuk bergabung menentang fahaman pelampau dalam apa bentuk sekalipun.

Dalam ucapan itu, saya telah berkata “masanya sudah tiba bagi pengamal-pengamal kesederhanaan dari semua negara, semua agama untuk bangkit dan menuntut semula agenda keamanan dan pragmatisme, dan untuk meminggirkan golongan pelampau.” Sejak itu, saya telah mempromosikan agenda tersebut di forum-forum tempatan dan antarabangsa, dan terkini sewaktu saya menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Pergerakan Kesederhanaan Global yang pertama (ICGMM).

Pergerakan Kesederhanaan Global telah mendapat sokongan dan pujian dari ramai pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton dan Perdana Menteri Britain, David Cameron.

Shares Share Kategori : Global Leadership