1 Jun, 2010

Rombakan Kabinet


PELANTIKAN MENTERI DAN TIMBALAN-TIMBALAN MENTERI 
——————————————————————————————-
Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan perenggan (b) Fasal (2) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan mengenai pelantikan Menteri Persekutuan dan Fasal (1) Perkara 43A mengenai pelantikan Timbalan Menteri Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan-pelantikan berikut: 
 
(i)            Y.B. Dato’ Wira Chor Chee Heung, Timbalan Menteri Kewangan sebagai Menteri Persekutuan; 
 
(ii)          Y.B. Senator Dato’ Palanivel a/l K. Govindasamy sebagai Timbalan Menteri Persekutuan;
 
(iii)         Y.B. Datuk Richard Riot anak Jaem, Ahli Parlimen Serian sebagai Timbalan Menteri Persekutuan;
 
(iv)         Y.B. Tuan Chua Tee Yong, Ahli Parlimen Labis sebagai Timbalan Menteri Persekutuan;
 
(v)          Y.B. Senator Dato’ Donald Lim Siang Chai sebagai Timbalan Menteri Persekutuan;
 
(vi)          Y.B. Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz sebagai Timbalan Menteri Persekutuan; dan
 
(vii)       Y.B. Senator Tuan Gan Ping Shou @ Gan Ping Sieu sebagai Timbalan Menteri Persekutuan.
 
2.         Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga telah memperkenankan pelantikan Y.B. Senator Dato’ Donald Lim Siang Chai, Y.B. Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz dan Y.B. Senator Tuan Gan Ping Shou @ Gan Ping Sieu sebagai Ahli Dewan Negara berkuat kuasa mulai 1 Jun 2010. Mereka akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara dalam tempoh terdekat. 
 
3.         Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah juga memperkenankan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Baginda diadakan pada Jumaat, 4 Jun 2010, jam 3.30 petang di Istana Negara, Kuala Lumpur.
 
4.         Dengan pelantikan-pelantikan tersebut juga, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan untuk menamatkan pelantikan Y.B. Dato’ Sri Ong Tee Keat, Menteri Pengangkutan dan Y.B. Datuk Wee Jeck Seng, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.
 
5.         Berikutan pelantikan-pelantikan tersebut juga, saya akan membuat sedikit rombakan Jemaah Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri seperti di Lampiran, berkuat kuasa mulai 4 Jun 2010.
 
 
                   t.t.
DATO’ SRI MOHD. NAJIB 
PERDANA MENTERI 
     
01 Jun 2010
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
 
LAMPIRAN
 
SENARAI ROMBAKAN JEMAAH MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI PERSEKUTUAN BERKUAT KUASA MULAI 4 JUN 2010
 
Bil.
NAMA
JAWATAN SEKARANG
JAWATAN BARU
1.
Y.B. Dato’ Seri Kong Cho Ha
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
 Menteri Pengangkutan
2.
Y.B. Dato’ Wira Chor Chee Heung
Timbalan Menteri Kewangan
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
3.
Y.B. Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
4.
Y.B. Tuan Jelaing anak Mersat
Timbalan Menteri Dalam Negeri
Timbalan Menteri Pengangkutan
5.
Y.B. Datuk Lee Chee Leong
Timbalan Menteri Luar Negeri
Timbalan Menteri Dalam Negeri
6.
Y.B. Senator Puan Heng Seai Kie
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
7.
Y.B. Senator Dato’ Palanivel a/l K. Govindasamy
Ahli Dewan Negara
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
8.
Y.B. Datuk Richard Riot anak Jaem
Ahli Parlimen Serian
Timbalan Menteri Luar Negeri
9.
Y.B. Tuan Chua Tee Yong
Ahli Parlimen Labis
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
10.
Y.B. Senator Dato’ Donald Lim Siang Chai
Ahli Dewan Negara
Timbalan Menteri Kewangan
11.
Y.B. Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz
Ahli Dewan Negara
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
12.
Y.B. Senator Tuan Gan Ping Shou @ Gan Ping Sieu
Ahli Dewan Negara
Timbalan Menteri Belia dan Sukan
Shares Share Kategori : Press Statement