20 March, 2015

Cabaran Ekonomi Semasa


[soundcloud url=”https://w.soundcloud.com/tracks/196703845″ params=”color=0066cc” width=”100%” height=”166″ iframe=”true” /]

Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Najib Razak berbicara mengenai cabaran ekonomi semasa yang dihadapi oleh negara kini.

Transkrip

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan Salam 1Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

Malaysia kini sedang menghadapi cabaran ekonomi berikutan beberapa faktor luaran di luar kawalan kita.

Nilai dolar Amerika telah meningkat dengan mendadak, membuatkan nilai matawang kebanyakan negara di Asia jatuh.

Selain itu pendapatan negara juga terjejas berikutan kejatuhan harga minyak lebih 50% berbanding tahun lepas.

Namun faktor-faktor yang mampu dikawal telahpun ditangani oleh Kerajaan. Antaranya, Kerajaan telah mempelbagaikan sumber pendapatan negara.

Selain minyak, Kerajaan telah banyak membuat pelaburan dan membantu meningkatkan produktiviti ekonomi serta peranan yang dimainkan oleh sektor swasta supaya negara tidak terlalu bergantung kepada dana asing buat masa panjang.

Kadar kenaikan hutang isi rumah juga telah turun sejak tahun 2010. Nilai ringgit dijangka pulih apabila harga minyak kembali stabil dan sumber pendapatan negara di sektor-sektor lain terus menunjukkan hasil yang memberangsangkan.

Kesimpulannya, asas ekonomi negara telah mengalami proses pengukuhan sejak beberapa tahun ini membuatkan kita terus berdaya tahan walaupun diasak oleh faktor luaran.

Sekian sahaja dari saya,

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh