27 March, 2015

Hari Polis ke-208


[soundcloud url=”https://w.soundcloud.com/tracks/197749001″ params=”color=0066cc” width=”100%” height=”166″ iframe=”true” /]

Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Najib Razak mengucapkan terima kasih kepada pihak PDRM sempena Hari Polis ke-208

Transkrip

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan Salam 1Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

Sempena Hari Polis ke-208 pada hari Rabu yang lepas, saya ingin mengambil kesempatan menyatakan setinggi penghargaan kepada anggota PDRM.

Kerjaya sebagai polis merupakan sebuah kerjaya yang sangat mulia kerana tugas mereka memerlukan pengorbanan yang tiada nilainya.

Walaupun terdapat sesetengah pihak yang kadang-kala mempertikaikan pihak polis, namun jangan sesekali kita lupa bahawa tugas pasukan PDRM melibatkan operasi membanteras jenayah.

Mereka sering berdepan dengan kumpulan kongsi gelap dan kumpulan pengganas bersenjata yang sangat merbahaya.

Jangan juga kita lupa ramai anggota polis yang terkorban di medan tempur meninggalkan keluarga yang tersayang.

Oleh itu, ahli keluarga PDRM perlu dihargai oleh semua kerana mereka sentiasa memahami tugas dan menyokong anggota polis kita.

Saya juga amat gembira bahawa penyertaan anak muda sebagai anggota pasukan polis meningkat dari tahun ke tahun.

Syabas saya ucapkan kepada mereka yang mempunyai keinginan untuk menyumbang kepada negara melalui PDRM.

Sekian sahaja dari saya,

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh