24 October, 2014

Pembendungan Penularan Wabak Ebola


[soundcloud url=”https://w.soundcloud.com/tracks/173601690″ params=”color=0066cc” width=”100%” height=”166″ iframe=”true” /]

Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Najib Razak menyatakan kerajaan dalam keadaan bersiap-sedia menghadapi sebarang kemungkinan penularan wabak Ebola di Malaysia.

Transkrip
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan Salam 1Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

Seluruh dunia baru-baru ini telah dikejutkan dengan penularan wabak Ebola di Liberia, Guinea, Sierra Leone, Congo dan Amerika Syarikat. Simtom awal yang ditunjukkan jangkitan Ebola adalah demam, sakit otot, sakit kepala, sakit kerongkong dan kurang tenaga.

Bagi mencegah wabak Ebola daripada merebak di Malaysia, saya telah mengarahkan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk sentiasa bersiap-sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Kementerian Kesihatan telah meningkatkan saringan wabak Ebola di semua pintu masuk antarabangsa di Malaysia. Semua hospital Malaysia juga dalam keadaan bersedia sekiranya ada sebarang kes wabak Ebola dikenal pasti.

Saya juga ingin menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang maklumat palsu mengenai wabak Ebola. Sila hubungi Kementerian Kesihatan Malaysia di 03-8000 8000 untuk sebarang maklumat mengenai wabak Ebola.

Sekian sahaja dari saya.

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.