13 February, 2015

Pemergian Allahyarham Datuk Nik Aziz


[soundcloud url=”https://w.soundcloud.com/tracks/190906174″ params=”color=0066cc” width=”100%” height=”166″ iframe=”true” /]

Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Najib Razak menyampaikan perasaan sedih serta ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Datuk Nik Aziz.

Transkrip

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

Saya berasa amat sedih di atas kehilangan Allahyarham Datuk Nik Aziz, Mursyidul Am PAS. Hari ini, Malaysia telah kehilangan seorang pemimpin Islam yang sangat dihormati.

Walaupun kami berbeza pendapat dan pandangan dalam beberapa perkara, kita mempunyai impian yang sama, yakni untuk memartabatkan Islam di Negara Malaysia ini.

Firman Allah SWT di dalam Al-Quran Surah Al-Hujurat ayat 10 yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang Islam itu bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (jika mereka berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.”

Kita semua akan merindui beliau dan saya ingin mengucapkan takziah buat ahli keluarga yang tersayang. Semoga roh Datuk Nik Aziz dicucuri rahmat dan disemadikan di kalangan para Syuhada.

Saya ingin mengajak semua rakyat Malaysia yang beragama Islam menyedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham.

Sekian,

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh