30 January, 2015

Peranan Rakyat Malaysia Merangsang Ekonomi Negara


[soundcloud url=”https://w.soundcloud.com/tracks/188564883″ params=”color=0066cc” width=”100%” height=”166″ iframe=”true” /]

Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Najib Razak berbicara mengenai peranan rakyat Malaysia merangsang ekonomi negara dengan membeli barangan buatan Malaysia.

Transkrip
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan Salam 1Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

Kebanyakkan negara di dunia kini sedang mengalami kesan daripada kejatuhan harga minyak dan kejatuhan nilai mata wang.

Malaysia tidak terkecuali dalam hal ini dan kerajaan telah pun mengambil langkah sewajarnya bagi mengurangkan impak ke atas ekonomi negara.

Sebagai rakyat Malaysia, kita boleh membantu mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara dengan menyokong dan membeli barangan buatan tempatan.

Dengan membeli produk buatan Malaysia, kita dapat mengurangkan aliran wang ke luar negara dan pada masa yang sama merangsang pembangunan industri tempatan.

Sebagai negara yang sedang giat membangun, ekonomi negara kita ke arah ekonomi yang maju, kepakaran kita dalam teknologi pembuatan sudah semakin meningkat.

Banyak produk-produk yang dihasilkan di Malaysia hari ini bukan sahaja memiliki kualiti yang setanding malah ada yang lebih baik dari produk-produk yang di bawa import daripada luar negara.

Oleh itu, marilah kita membeli barangan buatan Malaysia.

Sekian sahaja dari saya,

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh