27 May, 2016

Ucapan Perdana Menteri Mengenai Pengangkutan Awam


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam 1Malaysia

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

Sebahagian daripada tugas sebagai Perdana Menteri, saya telah dan akan terus memastikan banyak inisiatif penambahbaikan kepada sistem pengangkutan awam dijalankan.

Sebagai contoh, pemanjangan Lebuhraya Pantai Timur, penambahan gerabak keretapi KTM dan LRT, pembinaan LRT 3, pelancaran Bas Rapid Transit dan dua lagi projek berskala besar iaitu Lebuhraya Pan Borneo dan MRT.

Hari ini, kita dapat lihat stesen-stesen MRT yang hampir siap. Ini tidak termasuk yang belum kita lihat sebahagian besar projek ini yang terletak di bawah tanah. Dengan adanya perkhidmatan rel yang lebih banyak, kesesakan lalu lintas dapat dikurangkan.

Namun, kemudahan pengangkutan sedia ada juga perlu diselenggarakan dengan baik supaya ia dapat berfungsi dengan berkesan.

Saya minta semua pihak yang berkenaan khususnya Kementerian Pengangkutan dan agensi-agensi berkenaan mengambil langkah yang sewajarnya untuk memastikan bahawa segala kemudahan awam dan pengangkutan awam yang kita sediakan, dapat berjalan dengan memenuhi keperluan dan kepuasan rakyat.

Kesimpulannya, segala-gala usaha ini adalah untuk kepentingan rakyat.

Sekian sahaja dari saya,

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.